• +6012-6268490
  • hey@thegblog.org

Tag Archives: Writer: Jasmine Ho Abdullah

Gangguan Di Jalanan: Mengapa Ia Masih Bukan Jenayah?

thegblogteam No Comments

Penterjemah: Azim Allaudin

Saya masih lagi di sekolah rendah ketika pertama kali diusik seawal umur 11 tahun. Ini adalah kejadian yang biasa berlaku. Namun, pada usia tersebut, saya sememangnya tidak mengerti mengapa mereka itu mengusik dan melemparkan senyuman gatal kepada saya. Bahkan saya juga tidak mengerti mengapa perbuatan tersebut membuatkan saya berasa kurang selesa apabila ia berlaku.

Jadi, saya lakukan seperti apa yang disuruh, seperti apa yang semua wanita lain disuruh untuk lakukan, saya menyelubungi diri saya. Saya mula memakai seluar panjang dan baju sejuk yang longgar. Semakin usia saya meningkat, semakin cara pemakaian saya berubah kepada gaya pemakaian lelaki untuk melindungi diri saya daripada mereka. Kadang-kadang ia berkesan, kadang-kadang kurang berkesan. Benda yang paling teruk tentang perkara ini ialah perbuatan mereka membuatkan saya berasa malu menjadi seorang wanita, malu dengan bahagian badan saya yang bersifat kewanitaan dan tubuh saya yang kecil. Saya tidak mahu berasa malu dengan diri saya sendiri lagi dan saya juga tidak mahu lagi hidup dalam dunia di mana wanita-wanita lain termasuk gadis-gadis muda berasa sedemikian rupa.

Jika anda seorang wanita yang berjalan kaki di sekitar Malaysia, saya pasti anda biasa mendengar siulan sumbang, bunyi-bunyi ciuman dan panggilan “Hei Awek!”, “Awek seksi!”, “Pandang lah sini” dilemparkan ke arah anda. Perbuatan-perbuatan ini langsung tidak membuatkan kami berasa senang dan tertarik. Malah, perlakuan tersebut membuatkan kami berasa jengkel, bahkan malu dan takut.

Akan tetapi, mungkin itulah apa yang lelaki-lelaki ini mahukan?

Semasa saya masih muda, saya tidak pernah berfikir tentang perbezaan antara cara hidup lelaki dan wanita; saya cuma menjadi diri saya dan jantina saya hanyalah jantina sahaja. Saya tidak faham mengapa ibu saya berasa risau apabila saya berjalan kaki seorang diri atau mengapa guru saya memberitahu yang kami sebagai perempuan haruslah berhati-hati dan mengelak daripada melalui lorong-lorong yang gelap dan sunyi. Kini apabila sudah meningkat dewasa, atau lebih kewanitaan, seperti yang mereka katakan, saya mula memahami punca ketakutan ini.

Pada tahun 2014, Stop Street Harassment (SSH) telah mengadakan satu kaji selidik melibatkan 2000 orang di Amerika Syarikat. Kaji selidik ini telah membongkarkan bahawa 65 peratus wanita yang menyertainya pernah mengalami gangguan jalanan. Antaranya, 23 peratus telah diraba, 20 peratus telah diekori, dan 9 peratus telah dipaksa untuk melakukan perbuatan seksual. Manakala, dalam kalangan lelaki, 25 peratus daripada mereka telah diusik di jalanan (kebanyakan mereka adalah daripada golongan LGBT) dan usikan terhadap mereka adalah berbentuk celaan dan makian terhadap golongan homoseksual atau maknyah (9%).

Kebiasaan perbuatan tidak sopan ini dan bagaimana ia mengikut jantina adalah membimbangkan, tetapi, lebih menakutkan lagi ialah ketiadaan tindakan daripada pihak berkuasa. Rencana ini akan menumpukan kepada usikan di jalanan terhadap wanita – bukan kerana ketiadaan insiden melibatkan lelaki, tetapi ia kerana gangguan-gangguan ini khususnya di Malaysia adalah mengikut jantina dan rata-rata yang menjadi mangsa adalah golongan wanita.

Mengapa gangguan jalanan ini sangat biasa terjadi?

Hasil pemerhatian menyatakan yang kita ini hidup di dalam dunia di mana seksualisasi dan pengobjekan adalah rangsangan yang kuat, khususnya apabila objeknya ialah wanita yang menarik. Di kaca televisyen, kamera kerap ditumpukan kepada rupa paras wanita yang cantik dan menggoda. Apabila anda melihat video lucah, anda akan dapat melihat wanita teruja untuk digunakan sebagai mainan seksual dan menurut sahaja apa kehendak lelaki yang mendominasi mereka. Para lelaki digalakkan untuk berasa teruja dengan imej wanita-wanita ini di kaca televisyen ataupun di dalam buku dan majalah. Ini secara tidak langsung mengajar para lelaki untuk melayan wanita seperti sebuah objek.

Masalah timbul apabila lelaki menanam persepsi yang sama terhadap wanita yang mereka jumpa dalam kehidupan seharian mereka.

Mereka berasa perbuatan tidak senonoh seperti mengusik dan melemparkan kata-kata kurang sopan apabila wanita mendedahkan diri mereka bukan sesuatu yang salah kerana persepsi pertama mereka terhadap wanita adalah bukan sebagai manusia, tetapi objek seksual. Sesuatu yang dicipta untuk memenuhi nafsu mereka.

Sebab yang kedua adalah kerana di dalam masyarakat di mana gangguan seksual jalanan ini menjadi suatu kebiasaan, budaya biadap ini bukan sahaja ditolak ansur malah dianggap suatu perkara yang normal. Mangsa dan saksi yang melihat perlakuan ini cenderung untuk diam membisu. Untuk sesetengah orang, mereka berdiam diri kerana ia dianggap normal tetapi untuk sesetengah lagi, mereka juga takut yang golongan yang mengganggu itu akan bertindak lebih kasar jika mereka berbuat sesuatu untuk menghalang perbuatan itu. Normalisasi dan penerimaan perlakuan ini lebih jelas di negara-negara seperti India di mana cabaran #dontbeamannequin telah dicipta selepas satu video seorang wanita muda diraba oleh sekumpulan lelaki yang menaiki skuter di Bengalaru tersebar luas di Internet dan tiada tindakan daripada pihak polis dikritik hebat. Cabaran ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat dunia agar mengambil tindakan terhadap gangguan seksual apabila menyaksikan perbuatan ini terjadi.

Berikut adalah sebab-sebab mengapa wanita dan saksi-saksi tidak bertindak. Ketakutan mereka terhadap keganasan dan tindakan balas daripada pengganggu sememangnya berasas. The Ghotamist melaporkan pada tahun 2014 bahawa seorang wanita telah diludah, dipukul dan dikelar oleh seorang lelaki di dalam keretapi bawah tanah apabila wanita tersebut tidak mengendahkan usikan-usikan seksual beliau. Di Brooklyn, Tiarah Poyau telah ditembak di bahagian mata selepas dia cuba untuk menghentikan lelaki tersebut daripada terus bergeser kepadanya.

Terdapat risiko-risiko membahayakan yang gangguan jalanan ini boleh membawa kepada keganasan. Ini adalah punca kenapa ramai orang cuma berdiam diri dan tidak mengendahkan perbuatan ini.

Apa yang menyedihkan lagi, terdapat banyak bukti yang menunjukkan masyarakat sudah terbiasa menyalahkan wanita dan mangsa untuk kejadian-kejadian ini.  Selalu terdapat sesuatu yang wanita sepatutnya lakukan dan apa-apa perkara lain yang merupakan salah mereka. Pada halaman Facebook, “News with Suse”, Susie O’Brien berkongsi pengalamannya diganggu secara seksual oleh seorang lelaki di dalam keretapi bawah tanah. Sangat mengecewakan apabila ramai yang memberi respon yang mendukacitakan seperti “Kenapa awak tidak berpindah?”. Ia seperti menafikan bahaya yang dibawa oleh lelaki-lelaki tidak bermoral ini.

Di Melbourne, apabila seorang remaja wanita diserang secara seksual oleh pemandu teksi, peguambela pemandu teksi tersebut berhujah yang si mangsa sepatutnya duduk di tempat belakang teksi seperti wanita-wanita lain untuk mengelakkan daripada diganggu. Video tular yang tersebar di Internet, “10 Hours of Walking in NYC as a Woman” menunjukkan seorang wanita berjalan di sekitar New York dan begitu mengejutkan telah diusik sebanyak 108 kali. Wanita tersebut kemudiannya menerima ugutan rogol daripada lelaki-lelaki yang menyatakan dengan marah bahawa beliau membesar-besarkan isu tersebut dan paling teruk lagi, beliau patut bersyukur kerana dipanggil cantik.

Ini menyuluhkan suatu kebenaran iaitu ramai lelaki berasakan perbuatan ini adalah tidak salah. Hal ini kerana mereka ingat bahawa apa yang para wanita mahu adalah untuk sekumpulan lelaki untuk menjerit, “awak seksi” atau “awak cantik” sambil membuat ekspresi lucah kepada kita. Mereka ingat perkara ini membuatkan para wanita berbesar hati.

Adakah gangguan jalanan sukar untuk dibendung?

Jawapannya ialah tidak.

Kita sudah mempunyai undang-undang menentang gangguan seksual di tempat kerja di mana kata-kata berbentuk seksual, rabaan dan paksaan seksual akan mendatangkan hukuman terhadap pelaku. Jadi, mengapa kita tidak boleh mengadakan undang-undang menentang gangguan-gangguan di jalanan? Salah satu hujah mengapa ia tidak boleh diadakan ialah gangguan-gangguan tersebut sukar dikesan, dibuktikan dan akhirnya dihukum. Walaubagaimanapun, kesukaran dalam pelaksanaan sepatutnya tidak menjadi alasan untuk tidak menghukum pelaku-pelaku yang bersalah di mana kita boleh membuktikannya. Ia boleh sahaja dilaksanakan seperti di tempat kerja di mana bukti boleh diambil daripada pernyataan daripada saksi dan kamera keselamatan. Kebanyakan gangguan berlaku di tempat awam dan kenderaan awam di mana terdapat ramai orang dan kamera keselamatan.

Ini bermakna kita boleh membendung gangguan jalanan.

Mungkin, yang paling penting, terdapat banyak kebaikan yang besar yang boleh kita dapat apabila undang-undang menentang gangguan jalanan diadakan. Menjadikannya satu jenayah akan menyebabkan perlakuan tersebut dianggap sesuatu yang memalukan dan lelaki-lelaki yang tidak sedar diri ini (dan juga sesetengah wanita) akan dilabel sebagai penjenayah di mata keadilan dan tidak akan lagi menganggap perlakuan mereka sebagai “saya cuma memuji dia”, atau “saya cuma cuba mendapatkan perhatian dia”. Lebih ramai ibu bapa akan mengajar anak-anak untuk tidak mengacau orang lain sesuka hati. Rakan-rakan akan berhenti menggalakkan satu sama lain untuk melaungkan kata-kata lucah di jalanan dan harap-harapnya orang yang biasa melakukan gangguan-gangguan jalanan ini akan berasa malu terhadap kelakuan mereka itu.

Tempat awam kita mempunyai banyak undang-undang yang mengawasinya di mana terdapat undang-undang menentang perlakuan melintas jalan tanpa menggunakan jejantas dan meletakkan kenderaan di luar kotak parkir. Terdapat juga undang-undang yang menghukum pasangan-pasangan yang berkelakuan sumbang seperti bercium di tempat awam. Akan tetapi, tiada lagi undang-undang di Malaysia yang menghukum sebilangan ramai lelaki yang membuat bunyi-bunyi tidak senonoh dan melemparkan kata-kata lucah kepada wanita-wanita yang berjalan kaki ke destinasi mereka. Saya berasa sekarang adalah masa yang sesuai dan terbaik untuk kita menghasilkan undang-undang bagi membanteras gangguan-gangguan jalanan dan menghukum individu yang berasa mereka boleh melayan wanita seperti objek seksual dan tidak akan menghadapi hukuman daripadanya.

Terdapat dua sebab mengapa saya menulis rencana ini; pertama, untuk mewujudkan kesedaran tentang perlakuan gangguan jalanan dan kedua, untuk menimbulkan keinginan rakyat Malaysia untuk menyokong penghasilan undang-undang menentang gangguan jalanan ini termasuk sokongan berbentuk kata-kata.

Ianya satu impian untuk hidup di dalam dunia di mana tiada sesiapa lagi perlu berasa risau sekiranya ibu, kakak, adik, anak atau mereka sendiri tidak perlu lagi berasa takut untuk berjalan di mana-mana tempat, tidak perlu lagi berasa malu dilahirkan menjadi wanita dan berasa kurang layak disebabkannya.

**Baca artikel ini dalam bahasa Inggeris di sini.

Street Harassment: How Is This Not a Crime?

thegblogteam No Comments

I was probably still in primary school when I first got cat-called – a little over 11 years old. This was not uncommon. I was too young to know any better or to understand why people were calling out to me and smiling lewdly at me. Neither did I understand why it felt so bad when they did.

 So I did what I was told – what all females are told – to do: I covered up. I wore long pants and baggy sweaters. As the years went on, I dressed more and more like a man, to protect myself from them. It worked sometimes, other times, not so much. The worst part about it was that at some point they made me feel ashamed of being a woman, ashamed of all my womanly body parts and my petite stature. I don’t want to feel that way anymore, nor do I want to live in a world where other women and young girls are made to feel the same way.

If you are a woman walking down the street in Malaysia, you might be familiar with the usual wolf-whistling, kissing noises and the typical “Hey Awek”,“Awek seksi”,“Pandang lah sini!” being hollered at you. None of this is flattering and it certainly doesn’t make us blush and want to drop our panties. What it does is make us feel disgusted, horribly humiliated and afraid.

But, perhaps, that’s exactly what they want?

When I was younger, I never wondered about the differences between how men and women lived their lives; I was just me, and my gender was just my gender. I didn’t understand why my mother would worry when I walked about unaccompanied, or why my teacher told us girls that we had to be careful and stay off dark streets. As I grew older, however – or more womanly, as they say –  I began to understand this fear.

In 2014, Stop Street Harassment (SSH) commissioned a 2,000-person national survey in the USA. The survey found that 65% of all women who participated had experienced street harassment. Among them, 23% had been sexually touched, 20% had been followed, and 9% had been forced to do something sexual. Among men, 25% had been street harassed (a higher percentage of LGBT-identified men than heterosexual men reported this) and their most common form of harassment was homophobic or transphobic slurs (9%).

The prevalence of instances of street harassment and how gendered it is is appalling, but the inaction of authorities is most upsetting of all. This article will mainly focus on street harassment against women – not because of the absence of incidents of such harassment against men, but because these forms of harassment, particularly in Malaysia, are gendered and, thus, predominantly targeted at women.

Why is street harassment so prevalent?

One observable reason is that we live in a world in which sexualisation and objectification are plied are powerful stimuli, particularly when the object is a desirable woman. When you switch on the television, your view is guided by a camera shot set up to focus on the shapely figure of a woman and her ‘sexual’ assets. When you watch porn, you  see a woman thrilled to be used as a sexual plaything; a submissive woman who sheepishly accepts and welcomes everything she is subjected to. Men are encouraged to react with excitement to the images of these women, because they are no more than pixels on a screen, or images printed on glossy paper. This teaches men exactly how to treat women: like objects.

The problem occurs when men transplant this perception onto women they encounter in their everyday lives.

It seems acceptable for them to cat-call and express their excitement by making vulgar honking noises when they see some skin, because their first impression of a woman who comes into view is not that of a person, but of a sexual object. Something designed for their pleasure.

A second reason is that in most societies where street harassment is prevalent, the culture of harassing women is not only tolerated, but largely normalised. Victims and people who witness these repulsive and sickening acts tend to watch in silence. The normalisation and acceptance of such acts will silence some, but the fear of harassers reacting violently, or that the harassment might escalate, often results in even greater silence. This normalisation is prominent in countries like India, where the #dontbeamannequin challenge was born after a video of a girl being molested by scooter-borne boys in Bengalaru went viral and the inaction of the police was criticised. The challenge aims to rally members of society to take action against sexual harassment when they witness it taking place.

These are very real reasons as to why women – and witnesses – don’t act. Their fears of retaliation and violence are not misplaced. The Ghotamist reported in 2014 that a woman was spat on, beaten and slashed by a man on the subway when she ignored his sexual advances. In Brooklyn, Tiarah Poyau was fatally shot in the eye after she tried to stop a man from grinding on her.

There are true dangers that street harassment may escalate to violence. That’s why some decide to lower their heads and walk on.

To add insult to injury, evidence still shows us that society is accustomed to blaming women and victims for these occurrences. There’s always something else that she could have done and something else that was her fault. On the Facebook page, ‘News with Suse’, Susie O’Brien wrote about her experience of being sexually harassed by a man on the subway. The responses to the post were alarming and heartbreaking, as many readers asked her, “Why didn’t you just move?”, as if to excuse and dismiss the harm caused by the perpetrator’s antagonistic behaviour entirely.

In Melbourne, when a teenager was sexually assaulted by her taxi driver, the lawyer for the accused argued that she should have sat in the backseat like every other women to avoid being harassed. The viral video ‘10 Hours of Walking in NYC as a Woman‘ depicted a women walking down the streets of New York and astonishingly was cat called 108 times. The women in the video then received rape threats from men who angrily commented that she was exaggerating her ordeal and worse that she should have been grateful that she was called ‘beautiful’.

This brings light to the harrowing truth that a lot of men see nothing wrong with this humiliating experience. Because, obviously, all we women want is to have a horde of men calling out, “You’re sexy” or “You’re pretty” while making vulgar expressions at us. That just makes our day.

Is street harassment so difficult to regulate?

It actually isn’t.

We have laws to regulate harassment in the workplace where unwelcome sexual comments, touching and coercion are punished. So why can’t we regulate harassment on the streets? One argument against such regulations is that street harassment is particularly hard to detect, prove and ultimately prosecute. However, just because the execution could be tough doesn’t mean we shouldn’t do it and punish individuals guilty of street harassment where we can prove it. Besides, it can actually be regulated the same way harassment at work can be: through evidence from eye witnesses and security cameras. Most of these incidents happen in public places, and on public transportation. These places are usually full of people as well as security cameras.

This means that regulating street harassment should be entirely possible.

Perhaps, more importantly, there are massive benefits from simply instituting laws to prevent it. Criminalising it attaches shame to the act, and these entitled men and boys (and even some women) will be seen as criminals in the eyes of the law and can no longer reduce their actions to, “I was just trying to compliment her”, or “I was just trying to get her attention”. More parents will teach their children not to harass strangers at will; friends will stop encouraging other friends to yell vulgarities at people on the street; and hopefully the perpetrators of street harassment today will feel some shame in their misconduct.

Our public spheres are heavily regulated, from laws levying heavy fines for jay-walking and parking in spaces not marked with a box, to laws regulating decency in public, such as laws punishing couples who engage in consensual sexual interactions like kissing in public places. But there are no laws in Malaysia punishing the hordes of men who make kissing and honking sounds and vulgar sexual gestures at women who walk by. I think it’s high time we regulate street harassment and punish individuals who feel entitled treat women like sexual objects and face no consequences.

There are two reasons why I wrote this; first, to create awareness on these sickening occurrences of harassment, and, second, to trigger a desire for Malaysians to start regulating harassments on the street, including verbal forms.

It would be a dream to live in a world where no one would have to worry if their mother, sister, daughter, or even they, themselves, would be made to feel afraid to walk our streets; to feel ashamed for being female, and feel less human for it.

1

Get in Touch!

We're fun to talk to. We promise!