• +6012-6268490
  • hey@thegblog.org

Tag Archives: Writer: Emellia Shariff

Disuruh Berkahwin Dengan Perogol Adalah Perkara Paling Teruk

thegblogteam No Comments

Penterjemah: Fathanah Rafee

Saya pasti bukan saya seorang sahaja yang tersedak minum kopi apabila membaca tajuk akhbar: “Marriage isn’t the worst thing for rape victims (Perkahwinan bukan perkara yang paling teruk untuk mangsa rogol.)”

Peguam syariah, Faiz Fadzil, berkata di dalam satu forum tentang Undang-Undang Keluarga Islamik di Cheras bahawa ianya penting untuk mahkamah syariah menyeimbangkan hak mangsa dan juga anak hasil daripada kes rogol yang masih belum dilahirkan. Dia berkata, untuk mangsa rogol mengahwini perogol mereka, ianya bukanlah satu pilihan yang teruk. Namun, dia menambah, syaratnya perlulah bahawa kedua-dua pihak mahu berkahwin dengan satu sama lain.

Saya membayangkan bahawa ini pasti kelihatan seperti satu penyelesaian yang bijak untuk Faiz.

Maaf tapi ini bukan caranya. Menggalakkan mangsa rogol yang muda untuk mengahwini perogol mereka adalah perkara paling teruk sekali yang seseorang boleh lakukan.

Bagaimanapun, kita harus mengakui bahawa ‘common sense’ bukanlah sesuatu yang biasa pada masa kini, jadi marilah kita membongkar kenyataan tersebut dan meneliti bagaimana saranan ini boleh mendatangkan pelbagai masalah.

Statutory rape’ atau rogol berkanun didefinisikan sebagai persetubuhan antara lelaki daripada mana-mana peringkat umur dan perempuan di bawah umur 16 tahun, dengan atau tanpa persetujuan pihak perempuan. Dalam kes ini, lelaki tersebut dianggap telah melakukan satu kesalahan walaupun perempuan tersebut kelihatan bersetuju dengan tindakan seksual tersebut. Ini adalah kerana undang-undang mengakui hakikat bahawa seorang lelaki dewasa mempunyai  tahap kawalan yang tidak setara dengan gadis di bawah umur. Walaupun kawalan tersebut tidak ditunjukkan secara fizikal, seorang lelaki dewasa adalah lebih berpengaruh dalam menekan gadis bawah umur untuk bersetuju dengan keinginannya, termasuklah untuk melakukan sebarang tindakan seksual, apabila jarak umur dan pengalaman kedua-dua pihak diambil kira.

Apa yang kita perlu akui ialah kawalan atau ‘undue influence’, seperti dipanggil undang-undang, bukanlah sesuatu yang hanya dialami oleh seorang gadis berusia 16 tahun. Ianya wujud setiap kali dua individu memasuki apa-apa jenis hubungan sekalipun, di mana satu pihak adalah lebih dominan daripada pihak yang lain, dan mempunyai kapasiti untuk mempengaruhi keputusan dan kelakuan kedua-dua belah pihak.  Hal ini menjadi lebih teruk apabila gadis tersebut, termasuklah mereka yang berusia 18 tahun, masih lagi sangat muda, mudah terpengaruh dan mungkin tidak mempunyai pengetahuan seksual lebih daripada apa yang telah mereka tonton di kaca televisyen.

Malah, permainan kuasa atau ‘power play’ ini juga wujud dalam hubungan kekeluargaan, antara ibubapa dan anak perempuan, contohnya, di mana ibubapa mempunyai kapasiti untuk menimbulkan perasaan bersalah dalam diri anak perempuan mereka atau mempengaruhi dia untuk membuat sesuatu keputusan yang mungkin akan memanfaatkan keluarga mereka dan membuatkan anak perempuan percaya bahawa keputusan itu adalah yang terbaik untuk dirinya. Masih ingatkah kamu terhadap bidang ijazah di universiti yang terpaksa kamu ambil kerana dipilih oleh ibubapa, walaupun kamu tidak mempunyai minat langsung dalam bidang tersebut? Ya, keputusan seperti itu.

Ini membawa saya kepada hujah saya: konsep persetujuan atau ‘consent’ di sini adalah amat bermasalah. Saya tidak mengatakan bahawa mereka yang berusia 18 tahun adalah jahil dan tidak mampu untuk membuat apa-apa keputusan dalam kehidupan mereka. Akan tetapi, fikirkan perkara ini: gadis 18 tahun ini telah menghabiskan seluruh hidupnya diberitahu bahawa seks itu adalah satu pantang larang dan dia telah melakukan dosa besar dengan kehilangan harga dirinya apabila melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki di luar perkahwinan. Dia juga mungkin tidak pernah berbincang tentang hubungan seksual dengan orang yang lebih dewasa yang boleh menerangkan kesan-kesan emosi dan psikologi selepas hubungan intim tersebut.

Apa yang saya ingin katakan ialah kita tidak boleh mengharapkan individu berusia 18 tahun ini untuk memahami sepenuhnya tahap dan kesan daripada keputusan ini yang sistem pendidikan selama 12 tahun tidak pernah kisah untuk mengajarnya. Satu-satunya norma masyarakat yang telah diajar kepadanya adalah untuk berasa tidak suci, bersalah dan malu dengan dirinya sendiri – semua ini akan membuatkan dia percaya yang dia perlu menebus kesalahannya dengan tuhan (dan/atau keluarganya) dengan mengahwini lelaki yang telah melakukan hubungan intim dengannya. Malah, sesetengah wanita dalam usia awal 20an masih bergelut dengan masalah keintiman dan seksual yang sama, semuanya kerana ketiadaan pendidikan seks di sekolah-sekolah kita.

Ini adalah sebab mengapa mengamanahkan gadis-gadis bawah umur (atau lelaki bawah umur) dengan satu keputusan yang sukar dan penting seperti ini bukanlah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Pada dasarnya, kita tidak membenarkan atau menggalakkan budak-budak bawah umur daripada membuat sebarang keputusan besar dengan sendiri, sama ada keputusan perubatan atau sesuatu yang mudah seperti memilih sekolah mana yang mereka ingin pergi tanpa pengawasan orang dewasa. Kita tidak membenarkan mereka untuk memasuki sebarang kontrak dengan mana-mana pihak ketiga kerana takut mereka tidak memahami lumrah pertimbangan dan tanggungjawab kontraktual yang mungkin bangkit daripada perjanjian tersebut.

Akan tetapi, apabila hidup dia sendiri – yang mungkin akan dimusnahkan, dimanipulasi sepenuhnya dan diambil kesempatan – menjadi pertimbangan kepada kontrak perkahwinan ini, kita tidak kisah untuk melepaskan tangan dan membenarkan dia untuk membuat keputusan ini dengan sendiri. Ianya tidak masuk akal bukan?

Mungkin hubungan yang jujur antara orang dewasa dan bawah umur adalah tidak mustahil, tetapi peranan kerajaan dan sistem perundangan adalah untuk melindungi orang-orang yang lemah dalam masyarakat kita, dan kita perlu berhati-hati dan tidak membenarkan anak gadis kita pergi kepada lelaki yang mungkin telah menggunakan ‘hubungan’ tersebut untuk ‘grooming’ atau mencorakkan gadis tersebut sebagai makhluk seksual yang mereka ingin lihat di ranjang.

Grooming merupakan terma yang merujuk kepada perlakuan mesra oleh seorang dewasa dengan membina hubungan emosi dengan kanak-kanak atas tujuan penderaan seksual, eksploitasi seksual atau penyeludupan manusia. Hubungan ini biasanya wujud secara sulit, dan apabila kanak-kanak itu diasingkan daripada persekitarannya, pelaku kesalahan ini akan mula menjadikan hubungan ini seksual dengan proses desensitisasi yang berlaku melalui percakapan, perkongsian gambar-gambar lucah dan juga meraba di tempat-tempat tidak sepatutnya. Jika anda tidak tahu, sexual grooming terhadap kanak-kanak merupakan satu masalah yang serius di Malaysia dan sudah terdapat kempen yang berusaha untuk menjadikan perlakuan ini sebagai salah di sisi undang-undang selepas satu operasi penyamaran yang dilakukan oleh sekumpulan jurnalis membongkarkan sejauh mana teruknya kegiatan ini.

Oleh itu, bolehkah kita mempercayainya apabila seorang mangsa rogol bawah umur menyatakan kesanggupannya untuk mengahwini perogol tersebut bahawa mangsa tersebut benar-benar faham akan kesan dan akibat daripada pilihan itu dan tidak ditekan oleh mana-mana pihak untuk memilih keputusan itu? Adakah kita pasti ianya bukan hanya perasaan bersalah yang dirasai oleh mangsa dan cubaan dia untuk menyenangkan hati ibubapanya dan menyelamatkan mereka daripada berasa malu kerana mempunyai seorang anak perempuan bawah umur yang mengandung di luar nikah dan masih hidup bersama mereka? Atau kita pasti ianya bukan disebabkan rasa kasihan mangsa terhadap perogol ini yang telah memanipulasi dia untuk menjalinkan hubungan intim pada awalnya, kemudian berharap bahawa perkahwinan tersebut dapat melepaskan si perogol itu daripada hukuman penjara? Lebih-lebih lagi apabila perogol tersebut boleh melepaskan diri tanpa hukuman sekiranya perempuan tersebut mengahwininya dan kebarangkalian bahawa perempuan itu mungkin boleh menyelamatkan reputasi keluarganya jika dia bersetuju mengahwini lelaki ini. Itu satu tekanan luar yang besar kan?

Faiz berkata, “Sekiranya lelaki tersebut dijumpai bersalah dan dihukum atas kesalahannya, kecenderungan dia menolak untuk menggalas tanggungjawab ke atas anaknya (akibat daripada rogol) pada masa hadapan adalah lebih tinggi.”

Inilah maksud saya. Persetujuan perogol tersebut untuk mengahwini perempuan ini tidak bermakna dia akan kekal komited dengan tugas untuk menjaga anak tersebut, tetapi, lebih kepada dia mendapat jalan mudah untuk melepaskan diri daripada hukuman berat. Maka, siapakah yang akan ditinggalkan untuk menjaga anak tersebut sekiranya ayahnya menghilangkan diri pada masa hadapan? Ibunya, dengan pendidikan yang terhad dan kekurangan pengalaman bekerja (sejak dia mungkin menggunakan banyak masanya menjaga anak tersebut), akan bergelut untuk memberikan anak tersebut hidup yang senang. Malah, ibu tersebut juga mungkin akan bergelut untuk memastikan kehidupan yang selesa untuk dirinya dalam situasi ini.

Inilah anak yang sama yang Faiz kononnya begitu prihatin. Dia mengatakan, “Kita juga perlu ingat bahawa anak yang belum lahir ini mempunyai hak kepada pendidikan yang baik juga, dan ini adalah perkara yang sukar sekiranya anak tersebut lahir di luar perkahwinan.”

Apa yang kita sedang hadapi di sini adalah masalah dan cara penyelesaian yang tidak sepadan. Jika anda ingin menjaga kebajikan anak tersebut, caranya adalah dengan menggubal sistem kebajikan yang lebih baik di mana melaluinya, sistem pendidikan yang baik juga dapat diwujudkan. Jangan paksa dua individu untuk masuk ke dalam satu hubungan yang tidak pasti dan mungkin akan runtuh apabila mereka semakin dewasa dan mula mempunyai impian dan harapan mereka sendiri. Saya faham bahawa Faiz tidak mempunyai kuasa untuk menukar undang-undang sekelip mata, tetapi jalan penyelesaian ala kadar ini tidak akan memberikan keadilan kepada anak tersebut juga. Daripada menggalakkan kedua-dua individu ini untuk menjadi ibubapa yang baik untuk anak ini kerana berpandangan bahawa kedua-dua pihak ini sememangnya mampu untuk bertanggungjawab, mungkin lebih baik jika kita mengusulkan perubahan yang sistemik untuk menambahbaik perihal hak anak-anak ini.

Jika kita membenarkan usul yang disokong oleh Faiz ini, ia bermaksud kita mungkin merisikokan paksaan ke atas gadis-gadis muda untuk mengahwini lelaki yang telah merogol mereka tanpa persetujuan, atau lelaki yang telah menggunakan banyak waktu membentuk mereka sebagai mainan seksnya, untuk hidup di dalam rumah yang sama dan tidur di atas katil yang sama.

Ianya satu pengalaman yang sangat traumatik untuk seorang mangsa rogol untuk hidup bersama lelaki yang telah meragut maruah dan autonomi ke atas badannya, sebagai sepasang suami isteri di dalam rumah yang sama. Sekiranya mangsa ini dipaksa untuk mengahwini perogolnya, apabila dia semakin dewasa dan menyedari tentang banyak perkara dalam kehidupannya, dia mungkin akan membenci perogolnya dan perkahwinannya buat seumur hidup – itu sekiranya lelaki tersebut belum lagi meninggalkannya dan anaknya pada waktu itu. Oleh sedemikian, bolehkah kita bergantung harap pada “pilihan” dan “kesanggupan” dalam situasi ini? Tidak, kita sama sekali tidak boleh.

Akhir sekali, kita mesti tahu bahawa perkahwinan bukanlah satu kebaikan universal dan semestinya bukan satu-satunya jalan penyelesaian kepada semua masalah sosial yang kita hadapi kini. Dalam konteks masyarakat patriarki yang secara lumrahnya tanpa adil mengutamakan kedudukan golongan lelaki di dalam sesebuah keluarga, saya faham mengapa seseorang daripada jantina tertentu berasakan bahawa perkahwinan bukanlah satu perkara yang amat teruk. Kebiasaannya, bukan mereka yang perlu berputus asa terhadap karier mereka dan mengutamakan hal-hal rumahtangga akibat dilahirkan dalam jantina tertentu. Mereka juga tidak diharap untuk menggalas tanggungjawab untuk memasak, mengemas dan menjaga anak mereka selepas hari yang panjang di tempat kerja sementara pasangannya duduk dan menonton televisyen.

Oleh itu, terdapat perkara-perkara di dalam sebuah perkahwinan yang kita perlu nilai secara objektif. Fikirkan soalan ini: sekiranya remaja ini dipaksa untuk berkahwin, dengan anak yang baru lahir, apakah kebarangkalian untuk dia kembali semula ke sekolah demi mengejar cita-cita? Kita semua tahu jawapan kepada persoalan tersebut.

**Artikel dan gambar ini diterbitkan buat pertama kali di Free Malaysia Today dalam bahasa Inggeris.

Berbeza, Bukan Tidak Normal

thegblogteam No Comments

Ditulis oleh Emellia Shariff, seperti dikisahkan oleh Abinaya Jayaraman

Penterjemah: Sarahaida Khairuddin

Jayaraman. Itulah nama yang diberi oleh ibu bapaku. Dalam bahasa Sanskrit, “Jaya” bermaksud kemenangan, manakala “Rama” bermaksud menawan. “Rama” juga merupakan jelmaan atau penyerupaan ketujuh Vishnu iaitu tuhan agama Hindu. Ia dikenali sebagai “Maryada Purushottama” dalam agama Hindu yang bermaksud Lelaki Sempurna. Semasa aku dilahirkan, ibu bapaku mempunyai harapan dan impian yang tinggi padaku. Mereka ingin aku membesar menjadi seorang anak lelaki yang kuat, maskulin dan berjaya dalam keluarga. Harapan mereka adalah untuk aku menjadi seorang lelaki yang sempurna dan menjadi kebanggaan keluarga.

Sememangnya, tiada sesiapa pun boleh menggapai matlamat yang terlalu besar untuk menjadi ‘sempurna’. Dalam situasi aku ini, aku langsung tidak mampu untuk merealisasikan harapan paling asas yang ibu bapaku punyai, iaitu aku akan membesar menjadi seorang lelaki sejati.

Different, But Not Abnormal

thegblogteam 2 comments

Written by Emellia Shariff, originally told by Abinaya Jayaraman.

Jayaraman. That was the name that was given to me by my parents. In Sanskrit, “Jaya” means victory, while “Rama” means charming. “Rama” is also the name of the seventh avatar of the Hindu God Vishnu. He is referred to as ”Maryada Purushottama” within Hinduism, which literally means the Perfect Man. Suffice to say that when I was born, my parents had big hopes and dreams for me. They wanted me to grow up to be the strong, masculine and victorious son of our family. They hoped that I would be the perfect man; the pride and joy of the family.

Well, nobody can live up to that unrealistically high expectation to be “perfect”. But in my case, I can’t even fulfil the most basic expectation that my parents had- that I will grow up to be a man.

1

Get in Touch!

We're fun to talk to. We promise!