• +6012-6268490
  • hey@thegblog.org

Uncategorized

Brand Feminisme: Eksploitatif atau Memperkasa?

thegblogteam No Comments

Penterjemah: Syahirah Wahed

Adakah anda bersetuju bahawa kesedaran mengenai ideologi feminisme kini semakin meningkat dalam kalangan gadis muda dan wanita? Jika dahulu perbincangan tentang perkahwinan bawah umur amat jarang namun, kewujudan media sosial memberikan masyarakat satu platform untuk mengutarakan pendapat dan kemarahan mengenai hal tersebut secara terbuka. Jika dahulu tertanam di minda masyarakat bahawa golongan adiwira hanyalah dalam kalangan lelaki “macho”, kini wujud pula adiwira yang berjantina perempuan seperti “Supergirl”, “Wonder Woman” dan kesemua ahli “Ghostbusters.” Adakah anda perasan akan kenaikan kadar bilangan iklan yang mempunyai mesej yang mengagungkan para wanita dan dipenuhi dengan pelbagai emosi, pada masa yang sama, mereka mempromosikan produk mereka sendiri? Atau adakah agenda ideologi feminisme ini dicanang oleh selebriti seperti Emma Watson? Atau personaliti terkemuka seperti  Kim Kardashian dan Ivanka Trump yang menggelarkan diri mereka sendiri sebagai usahawan yang menjadi idola wanita muda?

Istilah “feminis” yang digunakan dalam konteks artikel ini atau yang digunakan secara meluas adalah untuk melambangkan idea atau nilai yang berkaitan dengan pemerkasaan dan pembebasan wanita. Gerakan feminisme telah menjalani sejarah yang getir. Namun begitu, kita kini telah melepasi zaman di mana nenek moyang kita yang berani terpaksa berjuang untuk mendapatkan hak asasi manusia yang paling asas untuk golongan wanita. Perkara ini telah menyebabkan feminisme diketepikan dan dianggap sebagai tidak relevan. Feminisme juga telah diburukkan sebagai satu agenda berbahaya yang bukan sahaja setakat memperjuangkan prinsip keadilan dan kesamarataan tetapi juga menginginkan wanita menguasai dunia yang dimonopoli oleh golongan lelaki sejak berabad-abad lamanya.

Dengan adanya feminisme dalam kalangan selebriti dan iklan feminis korporat, kini feminisme telah diubahsuai kepada sesuatu yang lebih mudah diterima dan menarik malah terhadap golongan lelaki. Feminisme kini sudah mengikuti arus perdana atau sekurang-kurangnya hampir menjadi kebiasaan di Malaysia.

Mari kita perhatikan iklan korporat yang mempunyai unsur feminisme sama ada baik atau buruk. Masih ingat kempen dalam iklan Dove, #SpeakBeautiful (2015)?

Iklan kempen yang berbaur feminisme ini ditujukan untuk pengguna masa kini. Isi kandungan iklan yang penuh emosi itu berkait dengan tanggungjawab sosial korporat oleh syarikat itu sendiri telah dijadikan lebih mudah untuk diakses dan dikongsi melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube. Kempen yang dibuat oleh Dove bukanlah sekadar iklan yang mengandungi mesej sosial yang berkesan tentang bagaimana wanita melihat diri mereka sendiri. Ia merupakan kempen yang mendapat banyak respons positif  daripada khalayak ramai dan seterusnya, kempen tersebut diteruskan dengan kempen Dove yang terkini iaitu Dove Real Beauty Campaign (2017).

Harus diingatkan bahawa Unilever PLC, syarikat yang memiliki Dove dalam kalangan jenama pengguna lain, adalah sebuah syarikat produk pengguna yang mempunyai kira-kira 2.5 bilion orang yang menggunakannya “untuk merasa baik, kelihatan baik dan mampu menikmati kehidupan dengan lebih lag”. Unilever menyertai syarikat-syarikat lain yang telah berjaya memjadikan feminisme satu komoditi dengan menggunakan faktor feminis untuk meningkatkan pendapatan. Usaha Dove untuk meningkatkan keyakinan diri wanita mungkin merupakan salah satu contoh positif pengiklanan feminis korporat, namun kita tidak patut mengabaikan fakta bahawa kempen seperti ini telah dijalankan secara strategik untuk menggabungkan aktivisme penjenamaan (brand activism) untuk mendapatkan sokongan pengguna untuk produknya. Dalam erti kata lain, inisiatif ini akan gagal atau tidak mempunyai masa hadapan jika ianya tidak memberi keuntungan.

Dove, sebagai contoh, tidak begitu mendukung matlamat feminis yang mencetuskan kontroversi seperti kebebasan wanita untuk menamatkan kehamilan yang tidak diingini. Mesej yang diterapkan oleh syarikat sebahagian besarnya ditentukan oleh faktor-faktor pasaran dan tujuan korporat tradisional: kewanitaan dalam pengertian tradisional dan apa yang dianggap sesuai dengan budaya masyarakat setempat. Keyakinan diri adalah komoditi yang mudah dipasarkan kerana ia adalah yang paling mesra pada agenda feminis.

Itu semestinya  bukan satu perkara yang tidak baik – kempen iklan positif dari Dove, kempen “Always’ #LikeAGirl”, kempen Nike Women’s Believe in More yang mungkin cenderung  mementingkan diri, merupakan alat bagi menjana pendapatan untuk syarikat besar dan bukan semata-mata satu usaha untuk mencapai cita-cita feminis untuk mendapatkan hak kesamarataan sosial. Namun, kempen-kempen tersebut adalah jauh lebih baik daripada omong kosong patriarki penuh dengan stereotaip yang pernah digunakan dalam sektor pengiklanan yang sememangnya salah tetapi diguna pakai kerana stereotaip terhadap jantina adalah lebih mudah untuk disampaikan dan digunakan untuk mempromosikan produk. Maaf, atau lebih elok saya katakan perkara tersebut pernah terjadi dahulu – jangan lupa bagaimana syarikat telah menggunakan kuasa pengiklanan mereka untuk mempromosikan golongan seksis dan pembenci waniti walaupun pada zaman sekarang, contohnya iklan Blackface Raya Watson dan iklan Reduction Butt Firefly untuk diskaun tambang penerbangan.

Sekiranya pengiklanan yang berunsur feminisme berupaya membangkitkan dan menyentuh emosi para feminis, maka golongan selebriti pula telah menjadikan ideologi feminisme ini sebagai suatu ideologi yang bergaya dan mengikuti perkembangan semasa yang perlu dihargai – atau sekurang-kurangnya brand feminism.

Lihat sahaja Kim Kardashian – selebriti yang mempunyai 100 juta pengikut dari seluruh dunia yang juga dijadikan idola oleh wanita muda kerana kejayaannya yang begitu besar, beliau berulang kali menyatakan bahawa beliau merupakan seorang wanita yang mengenali kekuatannya sendiri – segala perkara yang dilakukan oleh beliau merupakan satu pilihan yang diambil berdasarkan pengetahuan dan kesedaran beliau. Konsep feminisme  yang dibawa oleh Kardashian muncul bagi menyokong wanita untuk memperoleh bentuk badan yang sempurna (dalam DVD “Fit in your Jeans by Friday”) sambil memanjakan diri sendiri dengan makanan manis seperti kek cawan ( dalam Kim Kardashian’s Vanilla Cupcake Mix from Famous Cupcake – dapat diperolehi di atas talian, untuk pengetahuan anda)

Pilihan Kardashian walaubagaimanapun agak anti-feminis. Ayuh kita lihat contoh gambarnya dalam majalah Paper yang mengingatkan tentang seorang wanita Hottentot bernama Saartjie Baartman yang diarakkan dalam pertunjukan aneh kerana punggungnya yang besar pada abad ke-19 Eropah. Berlainan dengan zaman yang sebelum ini yang menganggap wanita yang berpinggul besar adalah pelik, Kardashian muncul di majalah tersebut bagi menunjukkan kebebasan memilih dan mencontohi struktur patriarkal dan misogini yang bercanggah dengan pemerkasaan wanita. Tidak sukar untuk melihat bahawa Kardashian mendapat manfaat sebagai selebriti  seperti yang ditulis oleh Andi Zeisler dalam artikelnya, We Were Feminists Once: “Individual celebrities are great at putting an appealing face on social issues. But the celebrity machine is one that runs on neither complexity nor nuance, but cold, hard cash.” (halaman 132-133) (petikan daripada buku Janell Hobson, “Celebrity Feminism: More Than a Gateway”).

Namun, ianya tidak tepat bagi kita untuk mengabaikan keupayaan menggunakan selebriti untuk membangkitkan isu-isu feminis: contoh positif yang boleh dilihat ialah Patrick Stewart yang menekankan terhadap keganasan rumah tangga, Michelle Obama dalam kempen ‘Let Girls Learn’ dan Emma Watson yang menyokong kesamarataan jantina. Tidak seperti Kardashian, selebrit-selebritii ini tidak bersikap individualistik dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengemukakan isu-isu khusus dan sukar yang termasuk dalam lingkungan agenda-agenda feminis yang bukan sekadar masalah yang memberikan keuntungan atau populariti kepada mereka. Mereka telah memberi inspirasi kepada wanita-wanita muda untuk mengikutinya dan membuat pendukungan feminisme dalam isu-isu penting seperti keganasan terhadap wanita dan pendidikan dengan penuh gaya.

Tidak perlu diketengahkan lagi bahawa feminisme, tanpa mengira cabangnya, masih belum mencapai hak kesamarataan yang didambakan mahupun masyarakat yang adil dan saksama. Walaupun sudah banyak penambahbaikan telah dibuat untuk wanita dan kanak-kanak perempuan sama ada dalam bentuk kemajuan sosio-ekonomi dan perlindungan undang-undang atau yang lebih baik dari hak asasi mereka misalnya, masih ada perkara yang perlu diperbaiki. Sesetengah orang mungkin melihat pengiklanan selebriti dan korporat sebagai manipulasi prinsip feminis untuk mendapatkan keuntungan atau publisiti. Perkara ini tidak dapat disangkal namun kita tidak boleh mengambil ringan bagaimana jentera korporat dan selebriti juga boleh digunakan untuk melunturkan persepsi negatif terhadap feminisme dan membawa perhatian yang sangat diperlukan kepada subjek yang dianggap taboo atau jarang diperkatakan dalam kalangan masyarakat kita. Feminisme telah dilihat sebagai anti-feminin dan telah disalah anggap oleh ramai orang. Mungkin apa yang diperlukan ialah penjenamaan semula feminisme yang mungkin menjadi trend sementara. Perkara ini perlu diberi perhatian sebelum pihak syarikat dan selebriti beralih ke isu-isu lain pula, tetapi itu tidak seharusnya menghalang golongan feminis daripada memanfaatkan platform yang kini tersedia kepada kita. #MaketheBestOfIt.

 

Sila klik di sini untuk membaca artikel ini dalam Bahasa Inggeris.

Child Marriage & Teen Pregnancies: Addressing the Root Causes, Not the Symptoms

thegblogteam No Comments
The G-Blog’s forum on Child Marriage: Setting Our Children Up To Fail was held at the recent Art For Grabs at Urbanscapes House, Kuala Lumpur. The conversation that flowed from the forum was incredible. The combination of speakers, topped off with a clearly invested audience, proved the forum to be successful in all the ways the team had imagined it to be when they cracked their heads together and decided to do another one this year.
 
For those who did not follow the event, the speakers were (in no particular order): Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) youth leader Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, DAP lawmaker YB Teo Nie Ching, former Terengganu mufti and chief Shariah judge, Datuk Ismail Yahya, and Vice President of Voice of the Children Dr. Hartini Zainudin. It was a great blend of youthful opinions and experiential wisdom.
 

Understanding the definition of a “child” and “maturity”

Before we start, I must pose to you this question – how do we define a ‘child’? Just take a second to think about the question, when did you cease to become a child and become a woman, or a man?
 
Under the Child Act 2001, a “child” means a person under the age of 18, or, if in relation to a criminal proceeding, means a person who has attained the age of criminal responsibility as prescribed in section 82 of the Penal Code. The age of criminal responsibility under the said Code is 12 years old. Under Malaysian civil law, it is illegal for a girl to get married if she is below 16 years old; under the same law, she can be legally married at 16 with the permission of the state minister. Under Syariah law, however, the laws are more ambiguous and circumstantial, with Syariah judges holding the power to provide consent to marriages below the age of 16. So 12, 16, or 18 – at what age do you cease to become a child?
 
The purpose of this question is to set context for this discussion.
I think it is extremely pertinent to note the difference between teenage pregnancy, teenage marriage, “child” pregnancy, and “child” marriage. Each of these scenarios may very well exist in silos independent of the other – and it all depends on how we define the word “child”. The question of a person’s “maturity”– one that was posed several times to the speakers – could not seem to garner a universally agreed definition. Saddiq offered his views, saying it is subjective and dependent on a number of factors, to which I agree.
 
It is interesting to note that half a century ago, girls at the age of 15 were already married off and already started bearing child at 16 years old, sometimes younger. One could rationalise that the mental state of women back then were drastically different than the women now. At 14, most were already trained at domestic skills and housekeeping duties, preparing them to fulfil their sole purpose in life as a home maker – a societal norm that was a lot more entrenched back then.
 
Arguably, perhaps due to the expanding average life span of an individual, as well as the increase in educational and economic opportunities presented to women, we find that nowadays women are discovering that there are an increasingly varied ways to live one’s life, not just as mothers and wives, but also as a career-oriented individuals with personal goals and aspirations.
 
So what exactly are the harms of early pregnancy and marriage? We can attempt to explore this question from a myriad of angles. At the forum, a question was asked by a researcher from the University of Nottingham: “has there been any research or attempt at research done to provide insights unto the medical harms of early pregnancy?”
 
This question piqued my interest. With the objective of providing a well-informed and balanced opinion, I set out to do some light research. The conclusion I drew was this: it is a difficult question, one that has been debated many a time in the process of constructing public policy. While there is a general consensus that girls between the ages of 13-15 are more predisposed towards fatal pregnancy outcomes due to gynecological immaturity, the evidence is wide and varied for those aged 16 and above due to external factors.
 
You can see why this would be a difficult question to answer – factors such as the mother’s physical and nutritional health, access to clean facilities and modern medical services (which would be lower in developing or third world countries) play a part in affecting low birthrates, preterm, and neonatal and maternal mortality. In most research papers I came across, the results always contained a caveat of external circumstantial factors, such as the ones mentioned above.
 
From a psychological perspective, I believe most of the mental and emotional problems faced by teen mothers are due to an inadequate support system, lack of opportunities, societal stigma, and undue pressure. We need to ask then – is the baby the cause of the psychological implications? Or is it the absence of economic and emotional support from her husband, family and society the cause of this stress?
  
More so than anything, this points to the most salient implication of socioeconomic risks and disadvantages that teenage mothers face. Low educational achievement, socioeconomic deprivation, poor transition to work from school, sexual abuse, and drug abuse are some of the factors stemming from teenage pregnancy. In these cases, one needs to ask – would she not have had her baby, had she known of these risks? Another question would be, had she known the full risks, but had a support system and a supportive partner, would she have thrown away the baby?
 
If a mother is left to defend for herself and her baby alone should her young husband leave her (which happens in a significant number of cases), what are the available avenues that she can turn to? Dr. Tini so aptly also questioned the absence of census on divorce rates. We have the statistics for marriages below the age of 18; why don’t we have the divorce statistics?
 
In addition to asking why does teenage pregnancy happen, we should also be asking why aren’t the fathers of these children being held accountable?
 

Is early marriage the solution to pregnancies out of wedlock?

 
Dato Ismail stated that in most Shariah court cases, the application for child marriages are usually made by parents when their daughters are impregnated out of wedlock. This is due to the societal and religious stigma attached to sex outside of marriage, and is driven by the belief that by marrying their daughters off, they might somewhat salvage their family name and dignity. YB Teo also stated that this is a similar issue faced by the non-Muslim communities as people feel that child marriages are the solution to the increasing numbers of teen pregnancy and baby dumping cases.
 
So if such a mindset pervades the very core of our society – our family structure – will implementing a blanket ban work if we do not address the root causes of this issue?
 
In Malaysia, the legal age of consent is 16 years old. Below 16, it is considered statutory rape, regardless of whether there was consent on the part of the girl. Here, I would like to share a piece of information gathered through my conversations with various female friends and acquaintances. It may startle some readers to know that: many girls have their first encounter with sex below the age of 16. This includes current working class professionals and business owners, whose backgrounds vary as widely as a politician’s opinion in a week.
 
From this, I can only comment on the law of nature; parliamentary law may dictate one thing, but if it goes against natural instincts or tries to inhibit the demands of a free market, humans will find a way to get to it, one way or another. So then, how do we stop teen pregnancy? We surely cannot stop teens from having sex – not even in (or perhaps especially in!) religious schools, boarding schools or rural areas.
 
What this means is that raising the age of marriage still will not solve the issue of teenage pregnancy, as YB Teo observed. Even a look at our statistics on child marriages shows a gaping flaw in our system. According to the 2000 Population and Housing Census, it was revealed that 6,800 girls under the age of 15 were married, with Selangor recording the highest number, followed by Sabah. Malays recorded the highest incidence of child marriage at 2,450, followed by other bumiputeras 1,550, Chinese 1,600, Indians 600 and others 600. There is a clear discrepancy between the law and implementation – how do such numbers exist?
 
While implementing a blanket ban on marriages below of 16 for both Muslims and non-Muslims may be a commendable move forward, it has to be complemented with a sustainable education strategy. For some rural folk, marriage is the only way out of poverty, a chance at a better life. Surely, these should not be aspirations for marriage! Yet, this belief holds true for many of them – more true than we urban folk could ever appreciate.
 
My greatest ask for us to function as a conscious society, is to identify the root cause of a problem and address it, instead of merely addressing the symptoms; we should not merely snip off the branches of a toxic organism, yet leave the roots to grow deeper. We need to ask the right questions: Why are we cultivating a society which villainizes sex outside of marriage, yet allows a rapist to marry his victim? Why is poverty so pervasive in parts of our nation that a young girl would believe she’d have a safer and more secure future by being married off to an older family friend? Why do we legally allow sex at 16, but provide no sexual education during the pubescent years leading up to that age?
 
To protect children, we must empower them. To empower them, we must educate them (I got this line from the Talisman Project, who came up on stage shortly after the forum ended). The key here is not just to provide a more comprehensive sex education to boys and girls, but also to educate a woman on her rights and opportunities in life, as well as provide sufficient support system to wives, mothers as well as children born out of wedlock.
 
Societal issues are not black and white – they cannot be resolved by attempting to cure the symptoms only. Let’s dig deep and keep the conversation going.

Disuruh Berkahwin Dengan Perogol Adalah Perkara Paling Teruk

thegblogteam No Comments

Penterjemah: Fathanah Rafee

Saya pasti bukan saya seorang sahaja yang tersedak minum kopi apabila membaca tajuk akhbar: “Marriage isn’t the worst thing for rape victims (Perkahwinan bukan perkara yang paling teruk untuk mangsa rogol.)”

Peguam syariah, Faiz Fadzil, berkata di dalam satu forum tentang Undang-Undang Keluarga Islamik di Cheras bahawa ianya penting untuk mahkamah syariah menyeimbangkan hak mangsa dan juga anak hasil daripada kes rogol yang masih belum dilahirkan. Dia berkata, untuk mangsa rogol mengahwini perogol mereka, ianya bukanlah satu pilihan yang teruk. Namun, dia menambah, syaratnya perlulah bahawa kedua-dua pihak mahu berkahwin dengan satu sama lain.

Saya membayangkan bahawa ini pasti kelihatan seperti satu penyelesaian yang bijak untuk Faiz.

Maaf tapi ini bukan caranya. Menggalakkan mangsa rogol yang muda untuk mengahwini perogol mereka adalah perkara paling teruk sekali yang seseorang boleh lakukan.

Bagaimanapun, kita harus mengakui bahawa ‘common sense’ bukanlah sesuatu yang biasa pada masa kini, jadi marilah kita membongkar kenyataan tersebut dan meneliti bagaimana saranan ini boleh mendatangkan pelbagai masalah.

Statutory rape’ atau rogol berkanun didefinisikan sebagai persetubuhan antara lelaki daripada mana-mana peringkat umur dan perempuan di bawah umur 16 tahun, dengan atau tanpa persetujuan pihak perempuan. Dalam kes ini, lelaki tersebut dianggap telah melakukan satu kesalahan walaupun perempuan tersebut kelihatan bersetuju dengan tindakan seksual tersebut. Ini adalah kerana undang-undang mengakui hakikat bahawa seorang lelaki dewasa mempunyai  tahap kawalan yang tidak setara dengan gadis di bawah umur. Walaupun kawalan tersebut tidak ditunjukkan secara fizikal, seorang lelaki dewasa adalah lebih berpengaruh dalam menekan gadis bawah umur untuk bersetuju dengan keinginannya, termasuklah untuk melakukan sebarang tindakan seksual, apabila jarak umur dan pengalaman kedua-dua pihak diambil kira.

Apa yang kita perlu akui ialah kawalan atau ‘undue influence’, seperti dipanggil undang-undang, bukanlah sesuatu yang hanya dialami oleh seorang gadis berusia 16 tahun. Ianya wujud setiap kali dua individu memasuki apa-apa jenis hubungan sekalipun, di mana satu pihak adalah lebih dominan daripada pihak yang lain, dan mempunyai kapasiti untuk mempengaruhi keputusan dan kelakuan kedua-dua belah pihak.  Hal ini menjadi lebih teruk apabila gadis tersebut, termasuklah mereka yang berusia 18 tahun, masih lagi sangat muda, mudah terpengaruh dan mungkin tidak mempunyai pengetahuan seksual lebih daripada apa yang telah mereka tonton di kaca televisyen.

Malah, permainan kuasa atau ‘power play’ ini juga wujud dalam hubungan kekeluargaan, antara ibubapa dan anak perempuan, contohnya, di mana ibubapa mempunyai kapasiti untuk menimbulkan perasaan bersalah dalam diri anak perempuan mereka atau mempengaruhi dia untuk membuat sesuatu keputusan yang mungkin akan memanfaatkan keluarga mereka dan membuatkan anak perempuan percaya bahawa keputusan itu adalah yang terbaik untuk dirinya. Masih ingatkah kamu terhadap bidang ijazah di universiti yang terpaksa kamu ambil kerana dipilih oleh ibubapa, walaupun kamu tidak mempunyai minat langsung dalam bidang tersebut? Ya, keputusan seperti itu.

Ini membawa saya kepada hujah saya: konsep persetujuan atau ‘consent’ di sini adalah amat bermasalah. Saya tidak mengatakan bahawa mereka yang berusia 18 tahun adalah jahil dan tidak mampu untuk membuat apa-apa keputusan dalam kehidupan mereka. Akan tetapi, fikirkan perkara ini: gadis 18 tahun ini telah menghabiskan seluruh hidupnya diberitahu bahawa seks itu adalah satu pantang larang dan dia telah melakukan dosa besar dengan kehilangan harga dirinya apabila melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki di luar perkahwinan. Dia juga mungkin tidak pernah berbincang tentang hubungan seksual dengan orang yang lebih dewasa yang boleh menerangkan kesan-kesan emosi dan psikologi selepas hubungan intim tersebut.

Apa yang saya ingin katakan ialah kita tidak boleh mengharapkan individu berusia 18 tahun ini untuk memahami sepenuhnya tahap dan kesan daripada keputusan ini yang sistem pendidikan selama 12 tahun tidak pernah kisah untuk mengajarnya. Satu-satunya norma masyarakat yang telah diajar kepadanya adalah untuk berasa tidak suci, bersalah dan malu dengan dirinya sendiri – semua ini akan membuatkan dia percaya yang dia perlu menebus kesalahannya dengan tuhan (dan/atau keluarganya) dengan mengahwini lelaki yang telah melakukan hubungan intim dengannya. Malah, sesetengah wanita dalam usia awal 20an masih bergelut dengan masalah keintiman dan seksual yang sama, semuanya kerana ketiadaan pendidikan seks di sekolah-sekolah kita.

Ini adalah sebab mengapa mengamanahkan gadis-gadis bawah umur (atau lelaki bawah umur) dengan satu keputusan yang sukar dan penting seperti ini bukanlah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Pada dasarnya, kita tidak membenarkan atau menggalakkan budak-budak bawah umur daripada membuat sebarang keputusan besar dengan sendiri, sama ada keputusan perubatan atau sesuatu yang mudah seperti memilih sekolah mana yang mereka ingin pergi tanpa pengawasan orang dewasa. Kita tidak membenarkan mereka untuk memasuki sebarang kontrak dengan mana-mana pihak ketiga kerana takut mereka tidak memahami lumrah pertimbangan dan tanggungjawab kontraktual yang mungkin bangkit daripada perjanjian tersebut.

Akan tetapi, apabila hidup dia sendiri – yang mungkin akan dimusnahkan, dimanipulasi sepenuhnya dan diambil kesempatan – menjadi pertimbangan kepada kontrak perkahwinan ini, kita tidak kisah untuk melepaskan tangan dan membenarkan dia untuk membuat keputusan ini dengan sendiri. Ianya tidak masuk akal bukan?

Mungkin hubungan yang jujur antara orang dewasa dan bawah umur adalah tidak mustahil, tetapi peranan kerajaan dan sistem perundangan adalah untuk melindungi orang-orang yang lemah dalam masyarakat kita, dan kita perlu berhati-hati dan tidak membenarkan anak gadis kita pergi kepada lelaki yang mungkin telah menggunakan ‘hubungan’ tersebut untuk ‘grooming’ atau mencorakkan gadis tersebut sebagai makhluk seksual yang mereka ingin lihat di ranjang.

Grooming merupakan terma yang merujuk kepada perlakuan mesra oleh seorang dewasa dengan membina hubungan emosi dengan kanak-kanak atas tujuan penderaan seksual, eksploitasi seksual atau penyeludupan manusia. Hubungan ini biasanya wujud secara sulit, dan apabila kanak-kanak itu diasingkan daripada persekitarannya, pelaku kesalahan ini akan mula menjadikan hubungan ini seksual dengan proses desensitisasi yang berlaku melalui percakapan, perkongsian gambar-gambar lucah dan juga meraba di tempat-tempat tidak sepatutnya. Jika anda tidak tahu, sexual grooming terhadap kanak-kanak merupakan satu masalah yang serius di Malaysia dan sudah terdapat kempen yang berusaha untuk menjadikan perlakuan ini sebagai salah di sisi undang-undang selepas satu operasi penyamaran yang dilakukan oleh sekumpulan jurnalis membongkarkan sejauh mana teruknya kegiatan ini.

Oleh itu, bolehkah kita mempercayainya apabila seorang mangsa rogol bawah umur menyatakan kesanggupannya untuk mengahwini perogol tersebut bahawa mangsa tersebut benar-benar faham akan kesan dan akibat daripada pilihan itu dan tidak ditekan oleh mana-mana pihak untuk memilih keputusan itu? Adakah kita pasti ianya bukan hanya perasaan bersalah yang dirasai oleh mangsa dan cubaan dia untuk menyenangkan hati ibubapanya dan menyelamatkan mereka daripada berasa malu kerana mempunyai seorang anak perempuan bawah umur yang mengandung di luar nikah dan masih hidup bersama mereka? Atau kita pasti ianya bukan disebabkan rasa kasihan mangsa terhadap perogol ini yang telah memanipulasi dia untuk menjalinkan hubungan intim pada awalnya, kemudian berharap bahawa perkahwinan tersebut dapat melepaskan si perogol itu daripada hukuman penjara? Lebih-lebih lagi apabila perogol tersebut boleh melepaskan diri tanpa hukuman sekiranya perempuan tersebut mengahwininya dan kebarangkalian bahawa perempuan itu mungkin boleh menyelamatkan reputasi keluarganya jika dia bersetuju mengahwini lelaki ini. Itu satu tekanan luar yang besar kan?

Faiz berkata, “Sekiranya lelaki tersebut dijumpai bersalah dan dihukum atas kesalahannya, kecenderungan dia menolak untuk menggalas tanggungjawab ke atas anaknya (akibat daripada rogol) pada masa hadapan adalah lebih tinggi.”

Inilah maksud saya. Persetujuan perogol tersebut untuk mengahwini perempuan ini tidak bermakna dia akan kekal komited dengan tugas untuk menjaga anak tersebut, tetapi, lebih kepada dia mendapat jalan mudah untuk melepaskan diri daripada hukuman berat. Maka, siapakah yang akan ditinggalkan untuk menjaga anak tersebut sekiranya ayahnya menghilangkan diri pada masa hadapan? Ibunya, dengan pendidikan yang terhad dan kekurangan pengalaman bekerja (sejak dia mungkin menggunakan banyak masanya menjaga anak tersebut), akan bergelut untuk memberikan anak tersebut hidup yang senang. Malah, ibu tersebut juga mungkin akan bergelut untuk memastikan kehidupan yang selesa untuk dirinya dalam situasi ini.

Inilah anak yang sama yang Faiz kononnya begitu prihatin. Dia mengatakan, “Kita juga perlu ingat bahawa anak yang belum lahir ini mempunyai hak kepada pendidikan yang baik juga, dan ini adalah perkara yang sukar sekiranya anak tersebut lahir di luar perkahwinan.”

Apa yang kita sedang hadapi di sini adalah masalah dan cara penyelesaian yang tidak sepadan. Jika anda ingin menjaga kebajikan anak tersebut, caranya adalah dengan menggubal sistem kebajikan yang lebih baik di mana melaluinya, sistem pendidikan yang baik juga dapat diwujudkan. Jangan paksa dua individu untuk masuk ke dalam satu hubungan yang tidak pasti dan mungkin akan runtuh apabila mereka semakin dewasa dan mula mempunyai impian dan harapan mereka sendiri. Saya faham bahawa Faiz tidak mempunyai kuasa untuk menukar undang-undang sekelip mata, tetapi jalan penyelesaian ala kadar ini tidak akan memberikan keadilan kepada anak tersebut juga. Daripada menggalakkan kedua-dua individu ini untuk menjadi ibubapa yang baik untuk anak ini kerana berpandangan bahawa kedua-dua pihak ini sememangnya mampu untuk bertanggungjawab, mungkin lebih baik jika kita mengusulkan perubahan yang sistemik untuk menambahbaik perihal hak anak-anak ini.

Jika kita membenarkan usul yang disokong oleh Faiz ini, ia bermaksud kita mungkin merisikokan paksaan ke atas gadis-gadis muda untuk mengahwini lelaki yang telah merogol mereka tanpa persetujuan, atau lelaki yang telah menggunakan banyak waktu membentuk mereka sebagai mainan seksnya, untuk hidup di dalam rumah yang sama dan tidur di atas katil yang sama.

Ianya satu pengalaman yang sangat traumatik untuk seorang mangsa rogol untuk hidup bersama lelaki yang telah meragut maruah dan autonomi ke atas badannya, sebagai sepasang suami isteri di dalam rumah yang sama. Sekiranya mangsa ini dipaksa untuk mengahwini perogolnya, apabila dia semakin dewasa dan menyedari tentang banyak perkara dalam kehidupannya, dia mungkin akan membenci perogolnya dan perkahwinannya buat seumur hidup – itu sekiranya lelaki tersebut belum lagi meninggalkannya dan anaknya pada waktu itu. Oleh sedemikian, bolehkah kita bergantung harap pada “pilihan” dan “kesanggupan” dalam situasi ini? Tidak, kita sama sekali tidak boleh.

Akhir sekali, kita mesti tahu bahawa perkahwinan bukanlah satu kebaikan universal dan semestinya bukan satu-satunya jalan penyelesaian kepada semua masalah sosial yang kita hadapi kini. Dalam konteks masyarakat patriarki yang secara lumrahnya tanpa adil mengutamakan kedudukan golongan lelaki di dalam sesebuah keluarga, saya faham mengapa seseorang daripada jantina tertentu berasakan bahawa perkahwinan bukanlah satu perkara yang amat teruk. Kebiasaannya, bukan mereka yang perlu berputus asa terhadap karier mereka dan mengutamakan hal-hal rumahtangga akibat dilahirkan dalam jantina tertentu. Mereka juga tidak diharap untuk menggalas tanggungjawab untuk memasak, mengemas dan menjaga anak mereka selepas hari yang panjang di tempat kerja sementara pasangannya duduk dan menonton televisyen.

Oleh itu, terdapat perkara-perkara di dalam sebuah perkahwinan yang kita perlu nilai secara objektif. Fikirkan soalan ini: sekiranya remaja ini dipaksa untuk berkahwin, dengan anak yang baru lahir, apakah kebarangkalian untuk dia kembali semula ke sekolah demi mengejar cita-cita? Kita semua tahu jawapan kepada persoalan tersebut.

**Artikel dan gambar ini diterbitkan buat pertama kali di Free Malaysia Today dalam bahasa Inggeris.

1

Get in Touch!

We're fun to talk to. We promise!