• +6012-6268490
  • hey@thegblog.org

Marilah Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju

Marilah Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju

thegblogteam No Comment

Penterjemah: Azim Allaudin

Jika anda bertanya kepada dua orang individu tentang apakah yang mereka maksudkan apabila mereka merujuk diri mereka sebagai feminis, berkemungkinan besar anda akan mendapat dua jawapan yang berbeza. Ada yang akan berkata yang bahawa ianya adalah disebabkan oleh perbezaan daripada segi ideologi tetapi ianya tidak boleh dirujuk sebagai feminisme yang berlainan ‘jenis’. Perbezaan akan sentiasa ada pada setiap orang daripada segi bagaimana konsep feminisme dipraktikkan, strategi yang mana patut diutamakan dan juga kepercayaan dan pendapat yang mana akan dipegang. Di samping itu, perbezaan daripada segi pengalaman patut diambil berat dan bukan diabaikan. Dogmatisme yang membuta tuli tidak patut dilayan kerana ia tidak menghormati perbezaan antara individu.

Di sebalik perbezaan – perbezaan yang ada, terdapat satu benda yang semua feminis boleh persetujui iaitu mereka semua inginkan wanita mendapat pengiktirafan yang sewajarnya di dalam masyarakat. Sebelum kita menyentuh tentang hak dan maruah, kuasa dan kebebasan; sebelum kita berdebat tentang hak kesamaan, ekuiti dan matlamat – matlamat lain yang memesongkan kita daripada matlamat kita yang satu dan sebenar, kita perlu kembali semula ke perkara yang memulakan segala – galanya iaitu ketidakpuasan hati kita dengan status quo dan pergelutan untuk mencapai perubahan. Tersirat dalam hati semua feminis ialah hasrat yang kuat untuk melihat perubahan. Atas sebab ini, mungkin terdapat sesetengah yang ingin menekankan persamaan dan mengabaikan perbezaan kita.

Jika kita dapat menumpukan perhatian pada usaha untuk mencapai matlamat yang sama, ia akan membuatkan aktivisme secara pakatan (“coalition activism”) lebih mudah dijalankan. Tidak kira perjuangan feminis yang mana satu anda inginkan, anda boleh bekerjasama dengan feminis – feminis yang lain walaupun mereka itu feminis berunsurkan islamik yang mempunyai konsep yang berlainan dengan anda daripada segi jantina dan keperempuanan, ahli – ahli politik yang memakai topeng feminisme demi kepentingan politik, organisasi antarabangsa yang bertindak demi keuntungan kuasa – kuasa besar atau syarikat – syarikat yang hanya didorong oleh keuntungan wang. Isu hubungan feminisme dengan kuasa – kuasa yang berlainan dorongan sebenarnya merupakan suatu persoalan strategi yang menjangkau skop artikel ini. Berdasarkan pengalaman saya mengendalikan keadaan, saya mengakui bahawa perdebatan dan perbalahan antara feminis – feminis harus diketepikan jika kita ingin melihat perubahan untuk berlaku pada masa terdekat. Namun, kesempatan itu jarang-jarang berlaku dan disebabkan itu, usaha ke arah perubahan daripada segi fizikal dan material tidak boleh dijadikan satu-satunya tunjang aktivisme. Banyak usaha telah dilaburkan untuk membuka ruang bagi dialog dan perdebatan untuk membuka minda dan meningkatkan kesedaran umum. Ianya di sini, dalam perkongsian pendapat, di mana perbezaan itu menjadi semakin jelas.

Bolehkah / patutkah lelaki menjadi feminis? Adakah semua lelaki itu mendiskriminasikan wanita? Adakah sistem organisasi sosial yang didominasi oleh lelaki boleh diselamatkan? Adakah ada situasi di mana sistem partriaki itu adalah baik? Adakah kebebasan memilih itu benar – benar mendatangkan kebaikan? Saya sendiri telah terlibat dan menyaksikan debat – debat ini. Pada pengakhiran setiap perbincangan, ia jelas yang kedua – dua parti yang berlawan datang daripada kedudukan yang berbeza. Perbincangan – perbincangan ini seperti tiada pengakhiran kerana kedua – dua parti tidak sedia untuk mendengar dan menerima buah fikiran lawan masing – masing. Kebanyakan perbincangan ini selalunya diakhiri dengan ayat “Ini cuma pendapat saya. Marilah kita bersetuju untuk tidak bersetuju.”. Tanpa bantuan untuk tindakan segera (perubahan segera), perkara ini menggambarkan aktivisme dalam cara yang tidak membuahkan apa – apa hasil.

Saya ingin menerangkan kepada yang belum mengetahui tentang konsep kebebasan berpendapat menerusi kebijaksanaan ahli falsafah John Stuart Mill. Mengikut liberalisme sosial, kemajuan boleh dicapai melalui perbincangan bebas dan sama rata. Di dalam situasi yang bebas berpendapat, semua pendapat individu dilindungi. Mempunyai pendapat dianggap sebagai hak. Apabila hak kebebasan berpendapat ini dilindungi, kita semua akan boleh membentuk individualisme sendiri tanpa dikongkong oleh tekanan untuk mengikuti sesetengah idea dan pendapat sahaja. Mill menyokong pendapat yang setiap permasalahan dan percanggahan pendapat harus diselesaikan melalui perkongsian buah fikiran. Menurutnya, kekurangan perbincangan dan debat akan mengekalkan status quo dan menghalang kemajuan. Secara ringkasnya, perbincangan dan debat adalah bagus. Lebih banyak perbincangan, lebih bagus kerana ia akan membawa kemajuan. Anda boleh tersinggung dengan pendapat orang lain namun menurut Mill, anda tiada hak untuk tidak tersinggung. Apa sahaja perbincangan adalah lebih bagus daripada tiada perbincangan langsung dan semua orang berhak untuk mempunyai pendapat masing – masing.

Debat seperti ini bukannya diadakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Matlamat yang sebenar ialah untuk mengambil kira pendapat orang lain dan mencari kata sepakat. Anda mungkin berasa yang ianya seperti sama dengan asas advokasi untuk kesederhanaan berpolitik yang semakin popular di Malaysia. Mereka yang percaya dengan konsep kebebasan berpendapat tidak meletakkan diri sebagai konservatif mahupun liberal, mereka mempercayai bahawa terdapat titik yang neutral dan tidak dipengaruhi unsur – unsur politik lain yang lebih sesuai untuk kemajuan.

Namun, sebenarnya ini merupakan asas penting liberalisme. Dari sudut liberalisme, kebebasan berpendapat datangnya dari konsep kebebasan liberal di mana kebebasan individu haruslah dilindungi selagi ia tidak menyekat kebebasan individu lain.

 Walaubagaimanapun, mereka yang berpegang pada ideal ini dan mengamalkannya dalam perbincangan feminis mengabaikan elemen penting feminisme iaitu kebebasan ini bukanlah matlamat yang harus dicapai. Nilai-nilai murni dan keutamaan merupakan persoalan yang sepatutnya dijawab.

Jika anda menghargai toleransi atau anda mengutamakan perkembangan feminisme agar lebih ramai menerimanya, jadi memperbanyakkan perbincangan ini adalah tindakan yang betul. Tapi, tindakan ini akan memesongkan perhatian daripada mangsa – mangsa penindasan, seperti yang berlaku dengan mana – mana ideologi lain yang mengetengahkan kebebasan individu.

 “Ia adalah pilihan saya untuk memakai alat solek,” mungkin memberikan kebaikan terhadap anda tapi apabila dihadapkan pada ruang perbincangan dan pendapat, ia bersaing dengan pendapat individu yang pernah dimusnahkan oleh industri persolekan. “Saya rasa bukan semua lelaki mendiskriminasikan wanita,” bersaing dengan kisah – kisah wanita yang ditindas secara ganas oleh lelaki. “Saya merasakan yang partriaki itu bagus,” bersaing dengan analisis terhadap sistem yang menindas separuh daripada kemanusiaan. Bagi mereka yang berkata dua pendapat boleh dipertimbangkan dan dihormati pada masa yang sama tanpa bersaing antara satu sama lain, saya ingin menegaskan yang pada masa kini, ruang untuk meluahkan pendapat secara bebas adalah sangat luas, jadi sudah tentu terdapat banyak persaingan daripada segi pendapat. Ada pendapat yang akan didengari dan manakala yang lain pula akan dilupakan.

Apabila kita mengabaikan mangsa – mangsa penindasan, kita sememangnya tersasar daripada matlamat utama sebagai feminis iaitu keinginan untuk mencabar status quo dan berjuang demi perubahan. Jika itu bukan feminisme anda, jadi apakah ia? Jika kita cuma menerima situasi sekarang seadanya dan menyokong pendapat yang membina status quo, bagaimanakah situasi akan berubah? Menjadi seorang feminis tidak menyeronokkan mahupun menyelesakan tapi kita mesti lakukannya demi perubahan dengan membina semula atau membaiki sistem masyarakat melalui pengenalpastian mangsa – mangsa partriaki, keganasan dan penindasan sistem kerajaan dan kuasa besar serta mencari alternatif.

Kita haruslah mencabar diri kita dan tidak berasa terlalu selesa dengan keadaan masyarakat sekarang jika kita hendak berubah. Meluahkan pendapat semata – mata adalah tidak mencukupi kerana akhirnya kita hanya membazirkan masa apabila perbincangan itu diakhiri dengan “setuju untuk tidak bersetuju”. Kita perlulah mencari talian empati yang merapatkan para feminis bersama dan rasa tanggungjawab dalam setiap perbincangan dan debat.

Pengalaman anda adalah kepunyaan anda dan ia menentukan pendapat yang bagaimana anda akan luahkan tetapi kita perlu bersatu atas nama feminisme sebenar untuk mengenalpasti kepayahan wanita, untuk mengetengahkan isu perubahan, dan bekerjasama demi matlamat yang satu. “Itu cuma pendapat saya, marilah kita bersetuju untuk tidak bersetuju” adalah sikap yang degil dan enggan belajar daripada orang lain maka menghalang kemajuan diri dan masyarakat.

Petikan ini hanyalah sebagai permulaan, sebuah penjelasan. Saya telah mengetengahkan kerisauan saya terhadap ruang bicara feminis – feminis dan telah mencadangkan penyelesaian terhadap isu tersebut. Saya sangat – sangat berharap yang kita semua dapat menjalankan perbincangan yang mengetengahkan bahawa semua pendapat adalah tidak sama dan feminisme sepatutnya mengutamakan suara – suara yang ditindas dan jarang didengari. Isu ini mungkin nampak remeh namun sebenarnya ia mampu menjadi masalah besar yang dapat memecahkan ikatan sesama feminis. Namun, apakah strategi yang patut dipraktikkan untuk memajukan gerakan feminisme hari ini dan akan datang? Kita haruslah memahami (neo) liberalisme sebagai satu ideologi kerana jika tidak, kita tidak akan dapat mengatasi semua permasalahan jika semuanya ditenggelami oleh sesuatu yang seringkas ‘kebebasan berpendapat’.

Tapi, ini semua hanyalah pendapat saya. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju.

 

**Baca artikel ini versi Bahasa Inggeris, sila klik sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get in Touch!

We're fun to talk to. We promise!