• +6012-6268490
  • hey@thegblog.org

Perkahwinan Kanak-Kanak & Kehamilan Remaja: Menangani Punca dari Akar Umbi, Bukan Gejalanya

Perkahwinan Kanak-Kanak & Kehamilan Remaja: Menangani Punca dari Akar Umbi, Bukan Gejalanya

thegblogteam No Comment

Penterjemah: Syahirah Wahed

Baru-baru ini forum G-Blog berkenaan “Child Marriage: Setting Our Children Up to Fail” telah diadakan dalam acara “Art For Grabs” di Urbanscapes House, Kuala Lumpur. Perbincangan di sepanjang forum itu amat memuaskan. Gabungan beberapa panelis dengan penonton yang begitu ingin tahu telah menjayakan forum itu seperti apa yang dibayangkan oleh pihak penganjur ketika mereka memerah idea untuk mengadakan satu lagi acara pada tahun ini.

Bagi mereka yang tidak mengikuti acara berkenaan, penceramahnya terdiri daripada (tidak mengikut urutan): ketua pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ahli parlimen DAP YB Teo Nie Ching, bekas mufti Terengganu dan Ketua Hakim Syariah, Dato’ Ismail Yahya dan Naib Presiden Suara Kanak-kanak, Dr. Hartini Zainudin. Ia merupakan suatu gabungan pendapat dan kematangan yang hebat.

Memahami definisi “kanak-kanak” dan “kematangan”

Sebelum kita mula, saya mesti mengajukan soalan ini kepada anda – bagaimanakah kita mentafsirkan seorang ‘kanak-kanak’? Ambil masa beberapa saat untuk fikirkan soalan ini, bilakah anda berhenti menjadi kanak-kanak dan menjadi seorang wanita atau lelaki?”

Di bawah Akta Kanak-kanak 2001, seorang “kanak-kanak” bermaksud seseorang yang berumur bawah 18 tahun atau jika berhubung dengan prosiding jenayah bermaksud seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan. Umur bagi tanggungjawab jenayah di bawah Kanun tersebut adalah 12 tahun. Di bawah undang-undang sivil Malaysia, ianya salah di sisi undang-undang bagi seorang gadis untuk berkahwin jika dia berada di bawah umur 16 tahun; di bawah undang-undang yang sama, beliau boleh berkahwin pada usia 16 tahun secara sah dengan kebenaran menteri negeri berkenaan. Bagaimanapun, di bawah undang-undang Syariah, undang-undangnya lebih kabur dan bergantung kepada keadaan. Hakim Syariah memegang kuasa untuk memberi kebenaran untuk perkahwinan di bawah umur 16 tahun. Jadi 12, 16 atau 18 tahun – pada usia berapakah anda berhenti menjadi kanak-kanak?

Tujuan soalan ini adalah untuk menetapkan konteks perbincangan ini.

Saya rasa ianya sangat penting untuk memahami perbezaan antara kehamilan remaja, perkahwinan remaja, kehamilan “kanak-kanak” dan perkahwinan “kanak-kanak”. Setiap senario mungkin wujud secara berasingan daripada satu sama lain – dan semuanya bergantung kepada bagaimana kita mentafsirkan terma “kanak-kanak”. Persoalan “kematangan” seseorang – yang diajukan beberapa kali kepada penceramah – seolah-olah tidak boleh mendapatkan definisi yang dipersetujui secara sejagat. Saddiq ditawarkan untuk memberikan pandangan beliau dan mengatakan ia adalah subjektif dan bergantung kepada beberapa faktor, yang saya bersetuju.

Menariknya apabila mengetahui bahawa separuh abad lalu, kanak-kanak perempuan berumur 15 tahun sudah berkahwin dan mula melahirkan anak pada usia 16 tahun atau kadang-kadang lebih muda. Seseorang itu boleh merasionalkan bahawa keadaan mental wanita pada ketika itu berbeza banyak dengan wanita pada zaman kini. Pada usia 14 tahun, sebahagian besar sudah dilatih dalam kemahiran dosmetik dan tugasan rumah tangga. Ini menyediakan mereka untuk memenuhi tujuan utama mereka di alam kehidupan sebagai seorang suri rumah – norma masyarakat yang lebih kukuh pada ketika itu.

Boleh dikatakan, mungkin kerana purata jangka hayat individu yang berkembang, serta peningkatan dalam peluang-peluang pendidikan dan ekonomi yang diberikan kepada wanita, kita mendapati bahawa pada masa kini wanita telah menemui bahawa terdapat pelbagai cara untuk menjalani kehidupan seseorang, bukan hanya sebagai seorang isteri dan ibu tetapi juga sebagai indidvidu yang berorientasikan kerjaya dengan matlamat peribadi dan aspirasi.

Jadi apakah sebenarnya bahaya terhadap kehamilan dan perkahwinan awal? Kita boleh cuba meneroka soalan ini daripada pelbagai sudut. Dalam forum tersebut, soalan yang ditanya oleh seorang penyelidik dari University of Nottingham: “adakah terdapat sebarang penyelidikan atau cubaan untuk mengkaji dilakukan untuk memberi maklumat kepada bahaya kehamilan awal dari aspek kesihatan?

Soalan ini menarik perhatian saya. Dengan objektif untuk memberikan pendapat yang bermaklumat dan seimbang, saya membuat beberapa kajian mudah. Kesimpulannya, ia merupakan satu soalan yang sukar, salah satu yang telah dibahaskan banyak kali dalam proses membentuk polisi awam. Walaupun terdapat persetujuan umum bahawa kanak-kanak perempuan yang berumur di antara 13-15 adalah lebih cenderung untuk melalui kehamilan yang mengakibatkan kematian disebabkan ketidakmatangan ginekologi, bukti-bukti yang sedia ada pula luas dan pelbagai untuk mereka yang berusia 16 tahun dan ke atas disebabkan oleh faktor luaran.

Anda boleh lihat mengapa ini merupakan satu soalan yang sukar dijawab – faktor-faktor seperti bentuk fizikal ibu dan pemakanan ibu, akses kepada keperluan yang bersih dan perkhidmatan perubatan moden (yang akan menjadi lebih rendah di negara ketiga dan sedang membangun). Faktor-faktor ini memainkan peranan dalam mempengaruhi kadar kelahiran rendah, pramatang dan kematian ibu atau anak. Dalam kebanyakan kertas penyelidikan yang saya baca, keputusannya sentiasa mengandungi faktor luaran berbentuk amaran seperti yang disebutkan di atas.

Dari perspektif psikologi, saya percaya sebahagian besar daripada masalah mental dan emosi yang dihadapi oleh ibu-ibu golongan remaja adalah disebabkan   oleh sistem sokongan yang tidak mencukupi, kekurangan peluang, stigma masyarakat dan tekanan yang tidak wajar. Kita perlu bertanya – adakah bayi         punca implikasi psikologi? Atau ketiadaan sokongan ekonomi dan emosi dari    suami, keluarga dan masyarakat merupakan punca tekanan ini?

Lebih daripada ini, ini menunjukkan kesan risiko sosioekonomi paling penting dan situasi yang tidak berpihak kepada ibu-ibu yang terdiri daripada golongan remaja. Pencapaian pendidikan yang tidak memberangsangkan, kekurangan daripada aspek sosioekonomi, peralihan yang lemah untuk alam pekerjaan daripada zaman persekolahan, penderaan seksual dan penyalahgunaan dadah merupakan antara faktor yang berpunca daripada kehamilan remaja. Dalam kes ini, kita perlu bertanya – adakah dia tidak akan mempunyai anak jika dia tahu akan risikonya? Soalan lain adalah, jika dia sedar akan risikonya tetapi mempunyai sistem sokongan dan pasangan yang menyokong, adakah dia akan membuang bayinya?

Jika seorang ibu ditinggalkan untuk mempertahankan diri dan bayinya bersendirian setelah ditinggalkan oleh suaminya (yang berlaku dalam sebilangan besar kes), apakah saluran yang boleh dia gunakan? Dr. Tini menjawab dengan tepat apabila mempersoalkan ketiadaan banci pada kadar perceraian. Kita mempunyai statistik untuk perkahwinan di bawah umur 18 tahun; mengapakah kita tidak mempunyai statistik perceraian?

Selain daripada bertanya sebab kehamilan remaja berlaku, kita juga patut bertanya mengapakah bapa kepada kanak-kanak ini tidak dipersoalkan?

Adakah perkahwinan awal merupakan penyelesaian kepada kehamilan luar nikah?

Dato’ Ismail mengatakan bahawa dalam kebanyakan kes mahkamah Syariah, permohonan untuk perkahwinan bawah umur biasanya dibuat oleh ibu bapa apabila anak perempuan mereka didapati mengandung di luar nikah. Ini adalah kerana stigma masyarakat dan agama yang dikaitkan dengan seks luar nikah dan juga kepercayaan bahawa dengan mengahwinkan anak perempuan mereka, mereka dapat menyelamatkan nama dan maruah keluarga. YB Teo juga menyatakan bahawa ini adalah isu sama yang dihadapi oleh komuniti bukan Islam. Ini kerana komuniti berasakan bahawa perkahwinan bawah umur adalah penyelesaian kepada peningkatan bilangan kehamilan remaja dan kes pembuangan bayi.

Sekiranya cara pemikiran ini menyusup masuk ke dalam teras masyarakat kita – struktur keluarga kita – akankah dengan larangan menyeluruh ke atas isu ini berkesan jika kita tidak menangani puncanya?

Di Malaysia, umur persetujuan mengikut undang-undang adalah 16 tahun. Skiranya melibatkan individu di bawah 16 tahun, ianya dianggap rogol berkanun tanpa mengira sama ada terdapat persetujuan daripada pihak gadis berkenaan. Di sini, saya ingin berkongsi maklumat yang dikumpul melalui perbualan saya dengan ramai rakan dan kenalan wanita. Ia mungkin mengejutkan sesetengah pembaca untuk mengetahui bahawa banyak kanak-kanak perempuan mempunyai hubungan seks pertama mereka di bawah umur 16 tahun. Ini termasuk mereka daripada kelas pekerja profesional dan ahli perniagaan yang mempunyai perbezaan latar belakang yang luas seperti yang dilihat pada pendapat seorang ahli politik dalam masa seminggu.

Melalui ini, saya hanya dapat mengulas tentang fitrah alam; undang-undang Parlimen mungkin boleh menentukan sesuatu perkara, tetapi jika ia bertentangan dengan naluri semula jadi atau menghalang permintaan pasaran bebas, manusia akan mencari jalan untuk mendapatkannya dengan apa saja cara. Jadi, bagaimanakah kita boleh menghentikan kehamilan remaja? Kita pasti tidak boleh menghalang remaja daripada melakukan hubungan seks – bukan sahaja (atau mungkin terutama sekali!) di sekolah-sekolah agama, sekolah-sekolah asrama ataupun kawasan luar bandar.

Adakah ini bermakna menaikkan usia perkahwinan tidak akan menyelesaikan isu kehamilan remaja seperti apa yang dilihat oleh YB Teo? Hanya dengan melihat kepada statistik perkahwinan kanak-kanak kita telah menunjukkan jurang kecacatan dalam sistem kita. Menurut 2000 Banci Populasi dan Perumahan, ia telah mendedahkan bahawa 6,800 kanak-kanak perempuan di bawah umur 15 tahun telah berkahwin di Selangor yang mencatatkan jumlah tertinggi, diikuti oleh Sabah. Melayu mencatatkan kadar tertinggi perkahwinan kanak-kanak di 2,450, diikuti oleh bumiputera lain 1,550, Cina 1,600, India 600 dan lain-lain 600. Terdapat percanggahan yang jelas antara undang-undang dan pelaksanaan – bagaimanakah semua nombor itu wujud?

Walaupun pelaksanaan larangan menyeluruh terhadap perkahwinan bawah umur 16 untuk kedua-dua Muslim dan bukan Muslim boleh menjadi satu langkah yang terpuji, ianya perlu dilengkapi dengan strategi pendidikan yang mampan. Bagi sesetengah penduduk luar bandar, perkahwinan merupakan satu jalan keluar dari kemiskinan, peluang pada kehidupan yang lebih baik. Sudah pasti, ini tidak seharusnya menjadi aspirasi kepada perkahwinan! Namun, kepercayaan ini juga benar bagi kebanyakan mereka – malah lebih benar daripada apa yang kita sebagai penduduk bandar mampu hargai.

Saya sangat meminta untuk kita berfungsi sebagai sebuah masyarakat yang sedar untuk mengenalpasti punca masalah dan menanganinya, bukan semata-mata menangani gejala. Kita tidak seharusnya menggunting beberapa bahagian organisma bertoksik, namun meninggalkan akar berkembang lebih dalam. Kita perlu bertanya soalan yang betul: mengapakah kita memupuk masyarakat yang mengutuk seks di luar nikah tetapi membenarkan perogol mengahwini mangsanya? Mengapakah kemiskinan begitu berleluasa di sebahagian negara kita sehingga seorang gadis percaya bahawa dia akan mempunyai masa depan lebih selamat dengan berkahwin dengan sahabat keluarga yang lebih tua? Mengapakah kita membenarkan seks pada umur 16 dari segi undang-undang tetapi tidak menyediakan pendidikan seks ketika tahun pra-remaja mereka sehingga mencapai usia tersebut?

Untuk melindungi kanak-kanak, kita mesti “memberi kuasa” kepada mereka. Untuk “memberi kuasa” kepada mereka, kita perlu mendidik mereka (saya dapat kata-kata ini daripada Projek Talisman, yang hadir ke pentas sebaik sahaja forum ini berakhir). Kunci di sini bukan sahaja untuk menyediakan pendidikan seks yang lebih menyeluruh untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan tetapi juga untuk mendidik wanita tentang hak-hak dan peluang dalam hidupnya serta menyediakan sistem sokongan yang mencukupi kepada isteri, ibu dan juga anak-anak yang lahir hasil daripda hubungan seks di luar nikah.

Isu kemasyarakatan bukan seperti di atas kertas rasmi – ia tidak boleh diselesaikan dengan hanya cuba mengubati gejalanya sahaja. Kita harus gali lebih dalam lagi dan memastikan perbincangan terus berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get in Touch!

We're fun to talk to. We promise!