• +6012-6268490
  • hey@thegblog.org

Jihad Pasca Liberal: Feminisme Muslim Ketika Zaman Kezaliman dan Tanpa Harapan

Jihad Pasca Liberal: Feminisme Muslim Ketika Zaman Kezaliman dan Tanpa Harapan

thegblogteam 1 comments

Oleh Alicia Izharuddin

Penterjemah: Sarahaida Khairuddin

 

Gambaran Jelas Mengenai Feminisme Muslim

Akuinya, keadaan semasa adalah teruk. Kerja sepenuh masa dan berpendapatan tetap semakin berkurang, dan gaji yang diterima tidak mencukupi akibat kenaikan harga barang keperluan utama. Lebih banyak orang dewasa berusia 20-an dan 30-an masih tinggal bersama ibu bapa mereka kerana tidak mampu untuk hidup sendiri. Generasi kini mewarisi kemelesetan global pasca 2008 yang tidak pernah pulih sepenuhnya dan dikuasai budaya hutang. Dan kini kita menyambut tahun 2017 dengan kejatuhan nilai mata wang. Kita menyaksikan kekejaman kuasa-kuasa besar dunia dan pemimpin mereka yang secara terang-terangan anti-wanita, anti-LGBT, anti-pendatang, anti-Islam, dan anti-keamanan. Masa yang lama diperlukan untuk mengimbangi kerosakan politik mereka.

Jadi, apakah peranan feminisme Muslim semasa tempoh kekejaman dan tiada harapan ini? Wanita Muslim yang dikenalpasti sebagai feminist pada semua peringkat umur menghadapi cabaran yang bersilangan dengan iman dan arena sekular dalam kehidupan mereka. Inilah masanya untuk menghubungkan antara pelbagai jenis penindasan berkaitan jantina dan tafsiran agama yang didominasi lelaki. Walaubagaimanapun, seorang wanita dan juga muslim tidak terkecuali daripada realiti ekonomi dan politik. Hakikatnya, situasi ekonomi yang teruk dan rasuah politik telah memberi kesan terhadap feminisme dan kepercayaan berdasarkan iman. Makna rohaniah kesabaran (sabar adalah sebahagian daripada iman) dan hak moral atau haqq tidak diamalkan dan ditebus guna dalam perbincangan umum untuk  mengurangkan rasa malu wanita muslim dan manusia bukan normatif. Sebaliknya, sabar telah diputarbelitkan untuk mewajarkan penderitaan dalaman dan nasional. Apa yang betul secara moral dimanipulasi untuk membiarkan diskriminasi terhadap wanita dan individu berjantina dan seksualiti bukan normatif daripada mencapai potensi mereka dalam lingkungan umum.

Apa ertinya sebagai muda, Muslim dan feminist pada hari ini?  Untuk kebanyakan wanita muda, ia merupakan kehidupan baharu; komitmen yang mengubah cara mereka berfikir tentang dunia, lingkungan kawan yang baharu dan orientasi semula keutamaan yang dimanifestasikan dalam cita-cita dan amalan harian mereka. Komitmen ini yang sinonim dengan apa yang difahami sebagai ‘kesedaran feminist’, sebuah proses melihat dunia dari sudut pandangan jantina dan tentang dilahirkan semula sebagai feminist. Namun, reaksi yang menunggu dengan menyatakan komitmen feminist mereka selalunya ganas dan menentang. Daripada digunakan sebagai alat dan rangka ideologi untuk keadilan sosial, tuntutan penentang tradisi feminism seringkali dianggap sebagai tidak Islamik dan memudaratkan budaya tempatan. Feminisme muslim bukanlah kegagalan feminism untuk individu yang dikenalpasti sebagai wanita Muslim dan feminist. Ketika saya mengendalikan kajian pada September lalu berkaitan erti seorang feminist Muslim hari ini, respon yang diterima sangat mengejutkan: feminist Islam tidak sepenuhnya terikat dengan had ‘feminisme Muslim’. Mungkin terdapat anggapan bahawa menjadi feminist Muslim bererti melihat pada semua isu feminist daripada kaca mata agama apabila bukan semua perkara yang penting sebagai individu ialah alim atau Islamik.

Feminisme Muslim dan feminisme Islamik adalah perkara yang berbeza walaupun nampak serupa. Feminisme Islamik mementingkan tafsiran kitab suci Islam daripada sudut pandangan yang merangkumi perspektif feminist. Ia melibatkan kajian semula ayat-ayat yang menjadi justifikasi mengenai keganasan rumah tangga dan diskriminasi terhadap wanita, serta mengenai penuntutan kembali dan penemuan semula sumbangan wanita dalam ayat suci Al-Quran. Ia menekankan kehidupan wanita ketika awal kedatangan Islam serta bagaimana mereka mampu menjadi suri teladan bagi wanita Islam masa kini. Akhirnya, feminisme Islam menjadi rangka untuk menjadikan Undang-undang Syariah yang lebih baik untuk wanita. Jika feminisme Islam meletakkan ayat-ayat suci sebagai perkara utama, feminism Muslim menganggap realiti kehidupan sebenar wanita Muslim dan bagaimana mereka menangani isu yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam kitab suci. Setelah beberapa abad lamanya dan arus pemodenan yang pesat, keutamaan umat Islam pada abad ke-7 adalah sangat berbeza dengan wanita Muslim pada abad ke-21. Hal ini tidak bermaksud bahawa Al-Quran tidak penting pada feminist Muslim malahan sebenarnya sebagai cahaya pembimbing. Tetapi, feminist Muslim juga terinspirasi dan mengembangkan identiti feminist mereka daripada sumber-sumber lain sama ada ia Islamik, sekular atau daripada kepercayaan lain.

Kita mengenali feminisme sebagai kesaksamaan jantina dan desakan untuk lebih ramai wanita dan gadis muda terlibat dalam perkara umum, dan ia memerlukan peluang yang lebih cerah dalam pendidikan dan pekerjaan. Namun sebaliknya, wanita muda Muslim di Malaysia masa kini melebihi jumlah kaum lelaki di pendidikan peringkat tinggi berbanding tahun-tahun sebelum kemerdekaan dan tahun-tahun awal perjuangan nasionalis dan pasca kolonialisme. Situasi yang sama turut berlaku di sesetengah bahagian di Timur Tengah. Walau bagaimanapun, ia bukan gambaran baik mengenai pemerkasaan golongan wanita melalui pendidikan. Wanita di Malaysia masih ketinggalan berbanding lelaki sebagai pekerja bergaji dan dalam beberapa sektor, dibayar lebih sedikit berbanding pekerja lelaki. Menjadi kebimbangan umum apabila kebanjiran wanita Muslim berpendidikan tinggi menyebabkan kerisauan dalam ‘prospek perkahwinan’ kerana ramai wanita menghadapi kesukaran untuk bertemu dan mengahwini lelaki yang sekufu serta stabil. Wanita Muslim perlu menghadapi ketidakseimbangan jantina melalui penekanan terhadap kesederhanaan, hyperfemininity dan tingkah laku yang tidak mengancam untuk mengurangkan kebencian dan ketakutan terhadap tahap penguasaan ekonomi dan keintelektualan wanita.

Walaubagaimanapun, terdapat ruang berfikir untuk wanita muda Muslim untuk memupuk dan menyuburkan femininity alternatif. Laman sesawang yang disediakan untuk wanita Islam progresif (cth: muslimgirl.com; altmuslimah.org; muslimahmediawatch.com), pelbagai blog Tumblr dan saluran Youtube telah menjadi ruang yang bukan hanya untuk pembinaan komuniti tetapi juga untuk menjalinkan ketulenan perasaan feminisme Muslim. Ruangan baru tersebut mewujudkan identiti feminist Muslim yang berlaku apabila lebih banyak tekanan sosial yang terhasil oleh Islamisasi di Malaysia. Islamisasi yang berbetulan dengan beberapa krisis di Malaysia; rasuah besar-besaran dalam peringkat global, rampasan perlembagaan negara oleh Undang-undang Syariah (dengan lebih banyak kerosakan terhadap jurang antara kaum dan kepercayaan), dan inskripsi semula ruang ikonik umum dengan pengertian Islamik maskulin.

Feminisme muslim untuk maskuliniti muslim

Ketika Mohammad Shukri Saad terjun daripada Jambatan Pulau Pinang pada Oktober 2016, beliau telah meninggalkan catatan Facebook yang menjadi tular. Dalam catatan tersebut, beliau menjelaskan punca disebalik tindakan beliau membunuh diri. Mohd Shukri merupakan pedagang rokok haram kecil-kecilan dan berhadapan hukuman mahkamah sebanyak ribuan ringgit yang tidak beliau punyai. Beliau juga mempunyai keluarga kecil untuk disara dan beliau memohon kemaafan daripada ahli keluarga dan Tuhan kerana membunuh diri. Kematian Mohd Shukri ini tidak mencetuskan revolusi seperti pengorbanan diri Tarek el-Tayeb Mohammad Bouzizi. Kematian beliau juga tidak dilaporkan secara meluas dalam media berkemungkinan dengan tujuan melenyapkan ketidakpuasan hati golongan berpendapatan rendah. Melalui analisis feminist, kita perlu mengakui bahawa sebenarnya terdapat persaingan maskuliniti yang bersaing untuk kuasa, hak istimewa, dan hagemoni dalam tragedi ini. Mohd Shukri mungkin merupakan seorang lelaki Melayu yang tergolong dalam golongan yang mempunyai hak istimewa di Malaysia tetapi haknya telah disekat oleh maskuliniti orang lain, yang lebih berkuasa, yang menggunakan kuasa mereka dan dominasi melalui undang-undang, penguatkuasaan undang-undang, pimpinan korporat, dan institusi keagamaan. Ketidaksamaan maskuliniti menjadi punca utama beliau mengambil nyawanya sendiri: beliau berhadapan denda ribuan ringgit kerana menjual rokok bernilai RM316 dalam pasaran gelap.

Sebahagian besar feminisme muslim mendiamkan diri tentang peranan lelaki dalam menghapuskan patriarki. Hanya segelintir lelaki Muslim, terlalu sedikit sebenarnya, yang lantang dalam menafikan keistimewaan patriarki atas nama Islam. Penyuburan semula nilai maskuliniti yang buruk dan kesannya terhadap lelaki merendahkan hierarki sosial boleh mengakibatkan golongan lelaki lebih rendah dalam hierarki sosial dan ia boleh membinasakan kedua-dua golongan lelaki dan wanita. Wanita adalah sasaran yang paling mudah akibat kekecewaan lelaki yang yang dihasilkan oleh maskuliniti ‘sempurna’ yang tidak dapat dicapai semasa krisis ekonomi dan politik. Apabila agama Islam muncul sebagai salah satu elemen penting untuk menentukan identiti mereka, adalah wajar untuk mengembangkan rangka feminism Muslim untuk pembinaan semula maskuliniti Muslim. Ia melibatkan analisis semula hak istimewa lelaki Muslim dan kuasa dalam Islam untuk mengurangkannya (kerana dalam amalan, lelaki mendominasi penjagaan isteri dan ahli keluarga wanita boleh menjadi berlebihan).

Namun, bercakap memang lebih mudah daripada bertindak. Adalah sukar untuk menyelesaikan feminisme kontemporari sempurna dengan pencerahan dan anti patriarki berlandaskan Al-Quran dan hadis. Selama beberapa dekad, ahli-ahli teori feminist telah menolak pengelasan jantina secara bertatatingkat dan ‘perbezaan jantina’ yang dilihat sebagai punca penindasan terhadap wanita. Dalam utopia feminist, tidak ada peranan tradisional jantina dan jantina merupakan cara yang lapuk untuk menyusun masyarakat. Walaupun feminist dan homo semakin menjauh daripada perduaan, namun perduaan masih kekal sebagai pendekatan hubungan jantina dalam Al-Quran. Menurut perspektif teologi, kesamarataan diungkapkan melalui keimanan lelaki dan wanita; kedua-duanya sama disisi Tuhan (sebagai contoh, Surah Al-Azhaab, ayat 35). Walaubagaimanapun, dalam petikan ayat Al-Quran yang menyuruh supaya menjaga keseksualan ketika Ramadan, Tuhan sebenarnya menujukannya kepada kaum lelaki; ‘Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka’ (Surah Al-Baqarah, ayat 187). Oleh itu, perihal kesamarataan tidak tekal dalam Al-Quran kerana terdapat ayat-ayat yang menjurus kepada lelaki untuk memberi kebebasan tertentu kepada wanita dan merujuk kepada wanita sebagai ‘mereka’.

Satu perkara untuk mengkaji semula Al-Quran adalah untuk mendedahkan pemahaman patriaki yang bias dan tafsiran khusus serta perbezaan untuk memperkenalkan perubahan dalam sosial dan politik yang mewujudkan ketaksamaan dalam masyarakat Islam. Negara Arab Saudi telah menunjukkan negara mereka sebagai negara yang menindas dan mengeksploitasi kedudukan mereka sebagai jantung Islam serta pembela ahli Sunnah dan menyebabkan menjejaskan golongan Syiah dan Yaman. Sebagai sebuah negara yang memiliki indeks ‘pembangunan manusia tertinggi’, Arab Saudi mempunyai kadar penyertaan tenaga pekerja wanita yang paling rendah dan telah menyekat wanita untuk memandu, mengembara atau pergi kemana-mana seorang diri serta banyak lagi. Dalam erti kata lain, kemampuan dan potensi diri wanita Saudi telah disekat dan disia-siakan.

Di Malaysia, ramai yang tidak bersetuju kita meniru Arab Saudi dari segi pendekatannya yang tiada tolak ansur dan toleransi terhadap agama dan tiada percanggahan dalam penggunaan yang berleluasa dan nilai-nilai Islam. Untuk yang lebih baik atau sebaliknya, persilangan budaya dan pengaruh transnasional telah berlaku berabad lamanya. Hal ini mengenai kualiti global luar biasa Islam itu sendiri, keupayaan untuk menyesuaikan diri dan mengakulturasikan pelbagai masyarakat dan budaya. Begitu juga dengan transnasionaliti feminisme muslim dan kuasanya untuk membangunkan perpaduan di samping mengiktiraf keistimewaan dan kerendahan ciri unik kepada masyarakat Islam tertentu. Kita perlu berhati-hati, seperti yang dikatakan oleh wartawan Arab Saudi, Farah Abdulaziz Al-Sweel mengenai ‘sisterhood of traveling, one-size-fits-all, Anglophone McFeminismiaitu satu bentuk pengasingan feminisme yang melindungi Barat, Eurocentric, dan orientasi imperialisnya yang istimewa. Ini bermakna bahawa amalan dan simbol Islam mempunyai makna yang berbeza bagi wanita di beberapa bahagian dunia yang berbeza; di tempat-tempat dimana hijab dicerca, pemakaian tudung dianggap sebagai tindakan penentangan. Antaranya ada yang menghina pemakaian tudung, tudung dianggap sebagai tindakan penentangan. Di tempat-tempat lain pula, pemakaian tudung adalah wajib dan tidak memakai tudung ialah tanda pembebasan.

Jika terdapat satu pekara yang menjadi pegangan feminisme, ianya ialah emosi kita. Amarah merupakan emosi yang tidak asing bagi feminist. Tetapi amarah dilihat sebagai sesuatu yang negatif, emosi sia-sia yang menjadikan feminist sebagai sebuah watak pelampau dan tidak rasional yang tidak perlu diambil serius. Apabila perasaan marah mula hilang, rasa putus asa akan mengambil alih. Namun putus asa boleh menjadi sumber perkembangan radikal. Sebagai sasaran utama kebencian terhadap wanita (misogyny) transfobia, heterosexisme, wanita akan merasa sangat putus asa apabila seksisme semakin berleluasa. Apabila berhadapan dengan pelbagai bentuk penindasan- ditemui dalam penindasan berasaskan jantina, ekonomi, bangsa dan kepercayaan- perjuangan tersebut kelihatan sunyi. Ianya mudah untuk kembali semula apabila ia menjadi sukar dan membatinkan perjuangan tersebut. Walaubagaimanapun, menjadikan perjuangan feminist seseorang tanpa meletakkannya dalam struktur seksisme, perkauman, dan penindasan berdasarkan kasta yang lebih luas yang mendukung sejarah masyarakat kita menjadikan rasa putus asa seseorang kelihatan unik apabila sebenarnya sebaliknya yang berlaku.

Oleh itu, adalah penting untuk meletakkan feminisme Muslim dalam gambaran yang lebih luas dan menumpukan kepada bagaimana kita berhubung dengan komuniti lain dan aliran global manusia dan idea. Hampir setiap hal keduniaan berpaksikan bentuk-bentuk penindasan, seperti membeli fesyen terkini dengan harga berpatutan dan hubungan langsung dengan keadaan pekerjaan pengeluar wanita yang buruk kepada membeli produk tanpa alkohol dan kosmetik dengan minyak sawit yang bergantung kepada pembasmian hutan yang pesat di Malaysia dan Indonesia yang menyebabkan penurunan biodiversiti. Sebagai seorang wanita Muslim, persekitaran, geopolitik dan ekonomi merupakan persoalan yang melebihi maksud halal. Oleh itu, melihat pada gambaran yang lebih luas bukan sahaja merupakan pertimbangan terhadap situasi masa kini untuk feminism Muslim, tetapi melihatnya dari bagaimana ia membangun atau tidak dari semasa ke semasa dan mengapa, dan siapa yang mendapat faedahnya.

Alicia Izharuddin merupakan ahli akademi di sebuah universiti awam di Kuala Lumpur yang mengajar Pengajian Gender.

** Baca artikel versi Bahasa Inggeris di sini.

1 Comment

Post-liberal jihad: Muslim feminism during a time of cruelty and despair | Angry Malay Woman - a Malaysian feminist blog

January 10, 2017 at 3:31 pm

[…] the rest here and the Malay version translated by Sarahaida […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get in Touch!

We're fun to talk to. We promise!